Saturday, December 22, 2012

Kepimpinan~

Hari ini aku mengeji mereka yg mengaku mereka mempunyai kepimpinan tinggi sedangkan ramai orang membenci tindakannya. Hari ini aku mengecam orang yg mengaku baik sedangkan kita melihat cacat cela di celahan tindakannya. Aku tidak sempurna, tp aku sedar jika ada yg kurang senang pada pandangan aku (atau sesiapa sahaja), barangkali ada sedikit yg tidak benar. Mungkin yang tidak benar itu adalah aku dan mungkin mereka, maka berbincanglah. Usah sewenang2nya mengaku diri lebih hebat dari yang lain. Kerna sesungguhnya Allah lebih mengetahui yg terbaik antara dua...

Kepimpinan terletak bukan pada tugas yang telah diselesaikan. Jika tugas diselesaikan, nama kuli adalah lebih tepat. Kerna kuli sahaja yg menyelesaikan segala permintaan tuannya. Adakah anda kuli?

Kepimpinan juga tidak terletak pada arahan semata. Arahan tp tiada pengikut hanya seperti kanak2 yang bermimpi. Menjadi kapten kapal, ketua syarikat dan sebagainya; tp semua hanyalah ilusi semata.

Kepimpinan tiada kaitan dgn bilangan kawan. Hanya kerana kawan, bukan kah si luncai itu lebih bnyk kwn kerana dia sering menghiburkan hati mereka.

Kepimpinan adalah motivasi? Motivasi ke? Jika motivasi yg di cari, jadilah kaunselor yg sememangnya tugas memotivasi. Lebih sesuailah tugasan dan tajuk

Jika himpunan rakyat marhain yg kecil pn tidak blh dikumulkan dibawah satu bumbung. Usah dilihat pada komuniti secara menyeluruh, cukup sekadar komiti. komiti yg 15 pun sukar untuk di jaga. Memang ada bantahan, tiada komitmen dan sebagainya. Tp itulah cabaran menjadi pemimpin. Ini, bagaikan monyet putus ekor, dibiarkan sahaja komiti yg berada dlm kesempitan. Sungguh jijik jika itu adalah anda dan anda mengaku anda seorang pemimpin yang hebat...

Kepimpinan adalah keseluruhan, dicampur dgn tanggungjawab dan rasa rendah hati. Kepimpinan bukanlah sesuatu yg dipinta atau dilabelkan sendiri. Ia adalah satu jenama yg dilihat orang ke atas setiap manusia. Jadi berhentilah menilai diri sendiri dengan penuh bangga, biarlah orang memuji kita dan kita menghina diri

Wallahualam~

Wednesday, December 19, 2012

Nilai Sebuah Kebahagiaan~

Apakah sumber utama kebahagiaan?
Adakah harta, wang dan perhiasan?
Atau mungkin, makanan atau tidur?
Kegembiraan? Kesenangan?
Apakah?

Tidakkah janggal bagaimana sesetengah org dpt menikmati sesuatu yg murah sedangkan ramai di luar sana yg memandang ringan dan hanya menikmati yg mahal. Sedarkah kita apa perbezaan yang seharusnya kita lihat pada situasi tersebut? mari kita padankan beberapa keadaan...

nasi kosong, kicap, ikan masin, sardin, telur dadar
VS
full coarse meal hotel dan restoran taraf lima bintang

bersukan, berpeluh, berlari di luar bawah sinaran mentari
VS
bertapa dlm bangunan menghadap permainan video

berjalan menikmati keindahan alam
VS
menonton wayang dan keindahan scene yg ada di dalamnya

Iye, memang benar ada antaranya yg memang xsepadan. Tp sy rasa masih boleh dijadikan perbandingan. Kita mungkin sukakan dua2 untuk setiap satu keadaan dia atas, cuma persoalan nya dalah bagaimana blh wujud perbezaan tersebut.

Akhirnya jatuh pada satu titik kesimpulan iaitu bagaimana kita menghargai setiap sesuatu itu. Rasa syukur blh memberi kita kenikmatan keatas setiap sesuatu, walaupun ia adalah bentuk kesusahan. Dari mensyukuri, kita pergi pula pada niat, keikhlasan dan nilai murni disebalik setiap suatu. Kita sering mendenga org kata kalau nk masak, masaklah dgn kasih syg untuk bg sedap. Lihatlah dgn nilai kasih sayang itu dan keikhlasan, maka yg di masak akn bersungguh dan akn menjadi satu nikmat. Semuanya tertakluk bawah satu nama iaitu penghargaan. menghargai sesuatu yg diberi dan dibuat, setiap usaha dan titik peluh iu tidaklah akn disia-siakn

teruskan memberi makna dalam kehidupan dan belajar menghargai setiap sesuatu.
Kerna aku insan kerdil~


Monday, December 17, 2012

Himpunan~

terdetik seseuatu disudut hati
ingin menghimpun beberapa kisah
dan teladan
dan dicatitkan dalam dua tajuk

"kerna aku insan kerdil"
dan
"story of a lonely heart"



Yang Melihat dan Terlihat~

Jauh nun di celah pohonan manusia, dua insan kerdil, kerdilnya bagaikan si pipit di celahan enggang. Terlahirlah sebuah persoalan. Adakah kerdil bermaksud tidak dapat dilihat? adakah yang dilihat hanya dua insan? atau mungkin yg terlihat itu lebih...

ketika dua insan sedang bersama, mata yg melihat tidak pernah pudar dari bertanya. Yang dilihat itu bukanlah dua jasad semata, tetapi lebih. Penilaian yg bersifat peribadi. Pengalaman, agama, pra-sangka, gurauan, dan pelbagai...

Tidaklah aku mempersoalkan mengapa kita menilai. tetapi bagaimana kita menilai. 12 tahun dahulu aku diajar oleh seorang tokoh. Mungkin bukan tokoh bagi anda yg membaca, tetapi tokoh bagi diriku

Husnu DZon. suatu topic yg tidak mudah. Husnu itu baik dan DZon itu sangka. Berbaik sangka. Berapa ramai antara kita yang mampu berbaik sangka dengan setiap satu yg kita lihat. Buangkan unsur2 negative dlm pemikiran

Selagi mana sesuatu itu tiada bukti, tiada pengakuan, mengapa harus kita menunding jari dan mengatakan yg negative? ada kala aku diberi tamparan hebat dgn jawapan mudah

Kita tidak boleh percaya pada orang lain. kena berhati-hati

Apa lagi jawapan yg blh aku berikan pada mereka, jika di sudut hati mereka sudah tertakluk perasaan ragu2 keatas setiap insan. Tidak boleh disalahkan hati yeng kecil jika hidupnya penuh dugaan. Maka, jadilah insan yang mengasihi, cuba memperbetulkan setiap sesuatu yg terjadi.

Bersangka baiklah, kuburkan fikiran2 negative...dan asah minda menjadi creative dengan membuat alasan2 mulia bagi setiap tindakan yg meragukan

Kerna aku insan yg kerdil~~ wallahualam~~


Tuesday, November 27, 2012

Numb~~~

perasaan numb atau kebas itu tidak lah hanya pada physical
tp ia juga blh hadir dlm bentuk emosi, fikiran dan perasaan
kerana kita hanyalah insan :)

Wednesday, November 21, 2012

Point of Resurrection~

When life gives you lemon, u make lemonade?
what ever itis, do not fret on what has happen
live with it
one might seem to be too heavy to carry
but the outcome would also be heavy

a year of being down into the drain
trying to climb back up
as every drop of rain pushes me back
little by little into the drain
but the payment is there

as soon as a clearance have been made
i am back on my feet
looking onto the bright world
i have only 2months plus to that day
but i am sure to rest as i go
and wont make the same mistake
to rely so much~





wait for me my comrades~~

Monday, November 12, 2012

That one Sentence~~

"Farzan, i may not know the future holds, but as for now, i'm happy and i really want u to know that for me, you are one of those people who leave footprints in my heart"


The lens that has seen through lots






P/S: ayat that made me think a lot. but footprints are easily washed away by rains n tides~

Saturday, November 10, 2012

He has always been My Inspiration

Though how much i deny that i like him
I just cant run from the fact that i love him
what am i kidding
he's my brother
the one that has been playing around with me since forever
we did had our times away
and all that awkward moment
but time heals everything
and each year, u startled me with ur effort

p/s; and he made me this

Saturday, November 3, 2012

Tips Kepimpinan #1

Sejauh mana komitment anda?
persoalannya jika anda seorang pemimpin, sejauh mana anda sanggup membawa tahap kepimpinan anda? sedalam manakah perasaan tanggungjawab anda.
ini bukan persoalan pergi merata mengkhabarkan anda sebagai pemimpin. tidak. malah jauh sama sekali. tapi melakukan apa yg seharusnya seorang pemimpin lakukan.
Ada kala kita kata salah rakyat kerana tidak bertemu pemimpin, sebalik berkata belakang. ada kala kita kata salah pemimpin kerana tidak mengdekati rakyat. saya kata salah keduanya
Namun, jika anda betul2 merasakan anda seorang pemimpin, turunlah sendiri bertemu rakyat. seramai mungkin.
Salahnya pada kedua pihak, tp anda sebagai pemimpin, anda lebih layak mengambil tindakan. jikalau tidak, usahlah jd pemimpin pada permulaannya

Mari kita mengambil contoh...
Betapa bnyk kisah pemimpin yg hebat turun ke padang bertemu rakyatnya yg sedangkan rakyatnya sendri pn tidak mengenali mereka. Ada yang dicaci, dimaki dihadapan muka sendiri kerana rakyat tidak mengenali bahawa itulah pemimpin mereka. Tp apa mereka yg hebat ini lakukan. Diam, mengambil iktibar dan teruskn menolong mereka. Kemudiannya pulang untuk muhasabah, untuk memperbetulkan apa yg dilihatnya salah sebentar tadi, walaupun hanyalah ngomelan kecil seorang rakyat kosong.

Jadi, jika anda pemimpin, sejauh manakah anda sanggup? berkorban demi perjuangan kepimpinan anda

Saturday, October 27, 2012

Again and again~~

Under that bright moon light
A full moon, in the middle of the black blanket
A blanket with thousands of glitters
Glittering stars that hypnotises

It was a day of fun
Under the colours of the world
Cold and breezy
the fallen leaves dances elegantly

But when all is gone,
Again i look to me left
Stop to hear the same song
And again i look to my right
Nowhere, no one to be found

Again and Again~~

Wednesday, October 24, 2012

Cant I?

May I please play some basketball?



And a new update, semua org xbg sy main...baik...sy duduk diam2~

Tuesday, October 23, 2012

The Me That's Not Me~

where has 'playing basketball' gone to?
where has that 'smile' gone to?
where has that 'legendary dream' gone to?
where has 'caring them' gone to?
where has 'leading people' gone to?

Where Am I Now?
What happen?
How things changed?
Why?


nk main basketball seriusly T_T

Saturday, October 20, 2012

Si Adik Manis~

Wooot~~ Wooot~~ WOOOOOOOOT~~~~~~~~~~~

itu adalah antara nikmatnya duduk di luar negara,
keluar pergi berjalan pagi2, melihat mereka berjalan dipimpin tangan
rambut menggerbang, halus ditiup angin
mata yg tidak hitam, menawan setiap yg memerhati terus ke anak mata mereka

owh ye betul,
kesucian pada wajah mereka
dgn pakaian yg bubbly2
langkah yg sungguh laju demi mengejar langkah2 org disekeliling
tetapi kadang kala atas skuter sahaja perjalanan mereka

belum lagi mengatakan dgn slanga mereka
owh sgt la mencairkan
ssemua soalan yg ditujukan
dan tindakan yg penuh dgn tanda soal
semua itu, sangat lah menghiburkan hati

itu lah dia, budak2 yg nk pergi tadika awl2 pagi
seriusly terusik hati melihat gelagat mereka yg tiada politik hidup
gelagat yg penuh dgn tanda tanya, ingin mengetahui
gelagat yg tanpa perlu berhenti memikirkan hal2 duniawi seperti kewangan, kwn2 dan lain2

tidak lah nk kata di tanah iar sendiri tiada budak2 yg baik
tp zmn kini, rata2 hubungan kekeluargaan telah diancam kesebukan parents yg bekerja
ada pula yg seawal usia yg kecil sudah menggunakan kata2 kotor
belum masuk yg panas baran dan mudah melenting
namun, sy msaih percaya ramai lg yg baik di tanah air tu
cuma hakikat sy blh lihat situasi yg mncuit hati ini setiap hari di sini
salah satu nikmat yg diberi
agar berhenti sejenak memikirkan kehidupan kita
adakah benar kita mengikut ajaran Islam
dan benarkah cara didikan kita
terakhirnya, indahnya ciptaan Tuhan yg masih belum dicemari dgn fikiran duniawi

Wallahualam~


Saturday, October 13, 2012

Mentally Tired~

I brought this upon myself..
even though all the timing are planned well enough
but still am tired

owh the decisions i made
and the expectation to meet

gambar winter taun lepas


k.bye.itu saja~

Sunday, September 30, 2012

Mainan perasaan~

Perasaan aku dilambung2 bagai aku ini tiada
di campak pula ke sana sini
ada orang kata aku xde hati buat certain2 things to ppl
but i do hv a heart, a fragile one thats tired
tired of thinking of the possibilities
such that the heart retires n closes itself

tapi pintu yg ditutup rapi pn blh di intip dengar apa yg disebalik
lagi2 apabila ada lubang2
lubang yg meninjau sejarah2 lama
lantas mengingatkan kepada segala peluang yg pernah diberi
dan ditempuhi
and of the results that has become

me and my stupid decision
but no decision is of no benefit
cuma sejauh mana ia lbih baik dr yg buruk
dan aku lah insan yg pendek sahaja akal nyaaa~


Thursday, September 27, 2012

Feelings that Defeat The Others~

well, sudah lama da penulisan sy tidak menarik. sbb semakin lama, semakin hilang idea2 di minda. sudah tua kah? hmm~

apa2 pn, harini tajuk mungkin ada yg kata berbaur isu hangat, tp bg yg mengenali saya, mereka dah patut blh agak dah apa yg ingin sy katakan. iyee~ sebuah perasaan yg menjangkaui perkara2 lain

dahulu mungkin tidak pernah terasa sebegini. tp kini da lain daaaa. 2 tahun yg sgt mencabar dan kini sy dah jumpa, dah faham. ada org kata, sy xnmpk pn mcm mengharungi apa2. pfft~~ i may look strong tp dlm sama je, cam kertas tisu gak...

jadinya, apa yg nk di isu kn kali ni. sebuah perasaan yg hadir lately. well dulu pn ada, tp lately ni lg kuat.
BERTANGGUNGJAWAB @ RESPONSIBILITY
iye...seseorang itu bertanggungjawab ke atas setiap statement yg di lakukan. kalau tidak, apakah makna kata2nye sebelum itu. seseorang itu bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya. kerana tidaklah terjadi sesuatu itu dgn tetiba sahaja. apatah lagi jika tanggungjawab dalam Agama, bangsa, negara dan dunia. Malah tidak lupa juga kepada tugasan yg diberi dan kehidupan

jadinya, sentiasa lah berfikir terlebih dahulu. mungkin perkataan atau tindakan yg telah dilakukan bertahun dahulu menyebabkan anda menyinggung seseorang pada masa kini...

berhati-hatilah dan sentiasalah mengutarakan yg baik dan yg pasti. bukan omong2 kosong dan tindakan2 membabi buta. semakin ramai audience kita, semakin harus kita berjaga2. lihatlah contoh bagaimana Malaysia dimalukan dgn isu gay yg dibangkitkan oleh kementerian pendidikan, niat adalah murni tp tidak difikirkan bagaimana tanggungjawab mereka ke atas perkataan2 yg dikeluarkan itu. lihatlah bagaimana beribu manusia berarak dalam perhimpunan2 dan melakukan keganasan baik dr segi perbuatan mahupn perkataan, tp apabila disuruh bertanggungjawab, menyalahkan org lain dan yg lebih teruk menyalahkan situasi yg mendorongnye berkelakuan sedemikian. lihatlah di facebook sekurang2nya, brape ramai org yg tidak mahu bertanggungjawab atas status2 kosong mereka ketika mereka dlm keadaan beremosi.

sesungguhnya kita akn dibangkitkan dengan amalan masing2 dan tidak lah amalan kita blh di tanggung orang lain. maka sekurang-kurangnya, bertanggungjawablah dgn diri sendiri untuk menghalakan diri ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat

Wallahualam~

P/S: kita juga bertanggungjawab masa kita sedang separuh sedar juga

Tuesday, September 18, 2012

Hey, aku tidak sempurna~


hey, aku tidak sempurna
aku mmg buat silap
mungkin terlepas pandang
tp aku hanya terlebih ikut emosi

hey, aku tidak sempurna

aku tidaklah pandai mahupun cerdik
mungkin aku da bernasib baik
tp aku tidaklah seperti yg kamu sangkakan


hey, aku tidak sempurna
aku seorang yang sombong
mungkin sekian lama aku tidak membalas pesanan
tp aku juga seorang pelupa

hey, aku tidak sempurna
aku hancurkan hati orang
mungkin kerana aku kurang sensitif
tp tahulah aku tiada berniat

sekuat2 manusia pn pasti mempunyai kelemahan, apatah lg insan lemah cam aku ni. dalam keadaan skrg, seriusly nk balik London feel my freedom and start atur balik satu persatu. tp meninggalkn Malaysia bermakna aku harus kembali ke alam berdiri tabah atas kaki sendri...please do not leave me~

Time's up~

This Sunday, then time's up!!
back to London
i am in mixed feeling
truthfully, some part of me still want to return to before summer last year
and some part of me is glad to be moving in this condition

listening to boyce avenue playlist
giving that sort of sad feeling
it is currently on the song, 'Last Kiss'
owh how the event has turned through out these years

for now, let's be in the present
not think of the past
and not looking toward the future
cz in the end, ill just end up with more questions

hey, im a fragile guy
truthfully, so many runs in my head at one time
and i'll just sort them out base on condition
but...there are things beyond my control
and that is why i cant wait to go back to London

Thursday, September 13, 2012

Greatest Fear~

Sometimes we are to scared to move forward. but why? try to live happy. i am for once jus a lil kid and have done a lot of mistakes and i shall keep on smiling not just for my own sake, but others out there. So don't be scared to change, don't be scared to live, and don't ever be scared of doing~

Have a look at this small cut from the movie, Coach Carter. It has done me good and i hope it shall help u as well~



Our Greatest Fear 


Our deepest fear is not that we are inadequate.


Our deepest fear is that we are powerful beyond measure.
It is our light not our darkness that most frightens us.
We ask ourselves, who am I to be brilliant, gorgeous,
talented and fabulous?

Actually, who are you not to be?
You are a child of God.
Your playing small does not serve the world.
There's nothing enlightened about shrinking so that other
people won't feel insecure around you.

We were born to make manifest the glory of
God that is within us.

It's not just in some of us; it's in everyone.
And as we let our own light shine,
we unconsciously give other people
permission to do the same.

As we are liberated from our own fear,
Our presence automatically liberates others.

—Marianne Williamson

Mengemas~~

Honestly speaking i need lots to kemas...the things i did could not be undone. so its time to tidy things up

First Stop...
My whole closet here in Malaysia is a mess. Baju2 pada asalnya elok berlipat dlm stacks. Tp selepas keje2 mengambil baju dari bahagian bawah dan meletakkan kembali yg tidak mahu dipakai dibhgn atas, satu2 stack tu da cam wobbly, n da xtegak. Thus explains keserabutan isi kandungan almari baju tu.

I threw all my clothes out and starting refolding it. 3 days have passed and i have not yet finished *procrastination alert!!*. tp3...bukan sahaja menangguh, mmg banyak pn baju dan hanger xcukup. jadi mmg melipat je keje. Ended up dgn 11 piles of shirts and 5 piles of pants according to types. and each type has atleast 5 members. banyak gila baju yg ada sbnrnya.and a lot yg xpernah dipakai pn...

Now here's the bad part. Masa nk kemas tu, campak semua baju2 tu atas katil adik.n now katil adik is in a huge mess, even after piling baju2 tu td. xcukup dengan tu, esok adik balik n of course dia nak katil dia balik.how...how...how...less than 24hours left~

Next Destination
The car...Selama ni mmg jaga and kemaskan. tp ada seorang ni, setiap pagi dia akan bawa bekal breakfast dlm kereta dan dengan sewenangnya meninggalkn bekas bekal nye didalam kereta. Pernah sekali kereta da berbau basi. puas sy bersihkan dan spray dengan air sanitiezer, last2 jumpa tupperware bekas telur mata kerbau yg da basi kat bwh seat.Urgh~  tu belum kire tisu2 yg dia main campak je dlm kereta. Owh2, air tin.u know how u can never finish up a can of drink to the last drop.So tin minuman yg ada sisa2 (biasanya milo) ditinggalkan sahaja atas sofa, dan kadang kala dibiarkan sahaja titisan2 sisa itu mengalir...Itu dulu, now i am also part of the parasit. leaving my clothes in it, with cashes and receipts all over the car. And worst, my attire for coaching with my ball. Yeah, just try to imagine...

To The Biggest Challenge
Ha....parents xde selama seminggu bermaksud rumah anda punya. Teeeeet~~~~~ salah!!! itu bermaksud andalah kuli. lagi2 kalau ada adik kecil. Bukan nk burukkan adik sendiri tp cubalah masuk bilik dia. da la bukan bilik dia in the first place, tp dia buat harta. semua baju yg dia pakai dilonggokkn sahaja kat tepi pintu tandas dia, termasukla baju basah. sampah lak campak kat tepi almari baju. almari baju dia da terburai abes da.buku2 bertaburan atas lantai. Da puas bilik dia di semak kn, dia pula keluar ke sektor computer. mmg sejak dia ambil alih komputer tu, kawasan itu xlekang dr sampah sarap, habuk2 makanan, dan cecair peluh. di bawa pula perangai tu ke ruang tamu dan meja makan. mujurlah dia xspend time bnyk sgt kat those place. tp dgn tiada rasa responsible, sampah buang dimana sahaja dia nk and most probably just atas lantai sblh kerusi yg dia tgh duduk. pinggan mangkuk tidak berbasuh, makan sambil jalan menyebabkan sisa2 mknn jatuh, dan macam2 lagi. dan tiada lagi insan yg hendak mengemasnya kecuali insan ni...abes laaaaaaaaaaa

Looking Forward
Going back to London reminds me of the crowded room. both of us have too many things. and guess what, majority is mine. with limited space, i wonder where should all those stuff go. And how to rearrange the room so it feels spacious and tidy. I have thought of a few solutions but then i have to sacrifice a few things especially my table. try looking into the closet.its a mess.So i'm deciding to actually rearrange things right away, it might take the whole week.I might also discard lots of my stuff. too many things and i cant handle it. So until October i'll sort things through...Owh wait, forgot to mention i too need to do my project writing before its too late

There you go messes so far. my whole life is a mess of what i've did, so i need to tidy evrything and start to stand comfortably once again. i need that comfort for my third and final year. i busted my second year and this is the only way to repay...I'll be leaving Malaysia with everything in order including that little rascal. And shall arrive in UK in a mess, after 3 weeks maximum, things should get organized...Good luck to myself!!

Wednesday, September 12, 2012

Bayangan Kasih~


Jong Jong Inai
Mak Ipong Waja Wali

Jong Jong Inai

Mak Ipong Waja Wali
Sepak Tunggul Inai Berdarah Ibu Kaki


Terngiang2 lagu itu yg didendangkan setiap kali aku pulang dari sekolah pada tahun 1997. kadang kala dinyanyikan sambil beliau memegang bakul. hakikatnya saya tidak pasti, mungkin baru lepas basuh baju atau sengaja dibawa bersama untuk membuat gaya ala-ala tersepak. Sehabisnya lagu pendek itu dinyanyikan beliau, isteri beliau akn menyambut aku dgn wajah yg penuh keceriaan. Senyuman, tidaklah lebar telinga ke telinga, tetapi ikhlas terasa haba kasih sayangnya.

***

Takbir bergema keseluruh alam. seawal 6 pagi kami dibangkitkan dengan laungan azan dan takbir. Tiadalah perkara yg lain tergambar di kepala melainkan tamatnya puasa dan kini blh menjamah pada siang hari. tanpa berlengah lagi, ke tandas mengambil giliran untuk mandi dan berwudhu untuk solat subuh. jam 7 menandakan hidangan pertama kami akan tiba, pulut telur dadar dan sardin kuah tomato. tidak lama selepas itu, tampil lah dua bayangan manusia. beliau berserban, baju kemeja batik, dan kain pelikat. seorang lagi, isterinya, baju kurung bercorak klasik dan kain batik. bersapa mesra melihat kehangatan keluarga yang tidak lah seberapa itu. diraut wajah beliau tergambar keindahan berjumpa dengan darah dagingnya sendiri. dan juga tergambar usaha beliau untuk menyambut kepulangan keturunannya itu. dipetiknya buah-buahan yg sudah ranum, di kopaknya buah kelapa, dan di belinya ikan (orang laut) untuk dibuat juadah.

Wajah yang penuh kasih sayang itu jugalah yg menanti selepas solat raya. kemudian bersama turun ke ladang untuk melakukan tugasan pihak lelaki dlm menyediakan juadah iaitu mengutip bhn2 mentah. sempatlah beliau berjenaka sesekali bersama...

***

Tatkala insan sedang lena, jasad tua itu akan bangkit bergerak memastikan darah dagingnya selesa dibuai mimpi. diselimutkan satu persatu, di pasangkn lingkaran penghalau nyamuk dan di kunci rumah. beliau bagaikan penjaga kepada setiap satu isi rumahnya. ketika aku bangkit jam 3pg, kelihatan kelibat beliau  turun ke bawah rumah demi menghalau musang dan babi hutan daripada mengganggu tidur kami. mungkin org lain tidak sempat melihat, tp tidak aku kerana ketika itulah raut wajah yg penuh kasih sayang itu menjaga kami bagai menatang minyak yg penuh

***

dan semua itu kini tiada lagi, hanyalah tangisan kesedihan dan kesengsaraan beliau. aku bangkit dr tidur jam 3 pagi dan tiada lg beliau menjaga kami. hana kedengaran rintihan beliau meminta untuk dijaga, dihulurkan seteguk air dan digosok/urut bdn nya. tiada lagi yg menyambut aku pulang dgn nyanyian yg tidaklah merdu tp cukup menceriakan sebuah hari yg penat.yg ada hanyalah sekujur badan yg hanya mampu menyebut nama aku tp dgn penuh kesengsaraan. dan tiada lagi insan berserban berlatarkan gema raya.yg tinggal, insan berselimut bertemankan Ya~ Sin~

tiada lagi kata2 yg dapat aku gambarkan kesedihan seorang insan yg sedikt sebanyak memberi kesan keatas aku. sedikit sebanyak mencurahkan kasih syg keatas aku...kerana aku hanyalah insan biasa dan tiadalah aku tanpa beliau. tidaklah pula aku mampu berdiri atas kaki sndiri malah aku turut jua menuntut kasih syg seorang hamba Allah di muka bumi~~

Sunday, July 22, 2012

Meniti Sirah~

Perjalanan manusia itu akan sentiasa meninggalkan sesuatu. paling kurang, manusia itu meninggalkan kisah sejarah hidup mereka untuk kita ambil teladan.Biar baik, biar tidak jasanya di atas bumi, setiap sesuatu itu pastinya ada pengajaran...maka, sesekali toleh la ke belakang mencari salah dan silap diri untuk diambil iktibar demi mematangkan kita...

Bukan sahaja sejarah diri yg perlu kita renungi, selongkarlah pusaka2 nenek moyang kita sehingga ke Nabi Adam A.S, selidik sejarah mereka satu persatu. adlh mustahil dgn masa yg ada untuk melihat pada semua, maka pilih lah dgn bijak sirah kehidupan insan yg sesuai untuk dikaji..

Petang td, sempat saya menelaah beberapa kisah para sahabat Nab Muhammad S.A.W untuk melihat kehebatan mereka. kata orang, hendak menjadi seperti Rasulullah itu sangat sukar, maka kadang kala lihatlah pada para sahabat yg mungkin ada sifat2 mazmumah menyerupai kita,. pemarah, kurg sabar, kasar, membazir masa dan sebagainya. dan dari situ kita mula mengubah diri kita. biarlah target kita menjadi seperti Rasulullah tetapi perjalanan kita di bantu oleh sejarah para sahabat. Kita juga jgn lupa, bahawa sebaik2 raja yang mempunyai sebaik2 tentera yang disebut dalam hadith bukan lah zaman Rasulullah dan bukanlah baginda itu sendiri. maka, wajarlah kita melihat pada ramai orang lain yg hebat juga sebagai tauladan

Sebelum coretan ini disambung dalam keadaan random. adalah lebih molek kalau sy kembali kepada perkara sebenar yg ingin disampaikn...tatkala menyelak episod kehidupan saat2 akhir para nabi, ramai yg ada menyebut perkara sebegini
"aku tidak kenal orang yg lebih bnyk dosa dari aku"
atau
"ada dikalangan kita yg tidak akn jejak ke syurga, dan aku merisaukn jika itu adlh aku"

bukanlah rendah diri yg sy nk sampaikn. tp betapa jiwa mereka di isi dgn satu perasaan untuk tidak mencari salah org. tetapi kenali kesalahan diri. tiadalah sesiapa pn yg akn masuk syurga atau neraka melainkan dgn izin Allah dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Tidak seharusnya kita menilai baik buruknya perbuatan seseorang dan lebih malang lg jika penilaian itu terus dichopkan didahi si pembuat. MasyaAllah, kita bukan nya suci dr dosa. Henti lah menghukum orang dan hukum lah diri sendiri

jika para sahabat boleh menangis mengenang nasib diri. mengapa kita degil, setitis air mata pn sukar untuk kita titipkan mengenang malangnya diri, tetapi begitu tinggi suara kita menyalahkan org dan mengaibkan mereka...samalah2 kita berubah

ingat, persoalan nya bukan apa yg kita mahu buat. tp siapakah org yg mahu kita contohi~
wallahualam :)

Wednesday, July 18, 2012

Apa Bukan Persoalannya~

Apakah perkara yg kita minati? apakah sesuatu itu sesuai untuk dilaksanakan? apakah definisi perkara yg tersebut? apakah kita punya masa depan? apakah? apakah? apakah?
persoalan seribu satu tanda tanya. tp masalah tidak terlahir dari perkataan apa. sebaliknya mula lah dgn siapa. seperti tanyakan dulu, siapakah diri anda? siapakah org yg sesuai untuk anda? siapakah pembimbimng anda? sehingga la anda dpt kenal pasti setiap satu org disekeliling. dr stu baru la kita dpt tahu, latar belakang diri sendri untuk kita mula menilai apa yg sesuai dan apa yg tidak
renung2 kn la text ditulis 3minit demi membuang masa ini :)

Saturday, May 12, 2012

Kehilangan~

Patah tumbuh silih berganti,
Namun yg datang xakan sama dengan yang pergi
atau dalam keadaan tertentu, yg hilang itu tidak ada penggantinya

pada cuti Musim Panas yg lepas, aku telah tiada peluang untuk turut serta dalam sebarang aktiviti bersama. malah tiada langsung peluang untuk kami bergembira dan bergelak ketawa. sungguh aku merasakan inilah waktu segalanya akan berubah, 3 bulan untuk menentukan keupayaan kekuatan kami untuk masa2 yg akan datang. walaupun harapan yg ditanam semakin menggunung, namun hidup sebagai seorang penganalisa telah memberikan aku satu keputusan dr jangkaan masa depan yg aku lakukan. Sungguh, dlm tidak sedar di sudut hujung hati terpacak sebuah bayangan yg dikau tidak akan kekal lama...

Musim Luruh, angin bertiup kencang membawa bersama angin perubahan. sedikit demi sedikit meniup lalu satu ikatan yg sudah pun rapuh. meskipun tidak lah kelihatan perubahan tersebut, tapi perasaan goyah itu wujud bagaikan sedang berjalan diatas titian tali yg sudah pun usang. mungkin senyuman yg terukir, mungkin jasa yg baik tertulis, namun tiada siapa yg tahu betapa aku merasakan perubahan itu hadir dalam benak fikiranku. dan tiada siapa tahu yg walau aku cuba membuang semua fikiran dan perasaan itu, sifat semuljadi manusia unuk mempertahankn diri itu muncul; takut. ye aku takut bila segala itu bergema dalam jiwa

akhirnya, kesejukan yg hadir membeku juga segala apa yang ada. Musim sejuk menjanjikan sebuah penutup seperti juga musim2 sejuk yang lain. air yg menitis hanyalah titisan-titisan air byg telah beku, sejuk, tiada perasaan, tiada pemikiran. kesedihan yg menyelubungi hanya boeh dilindung dengan keadaan cuaca yg turut muram. hanya Tuhan yg tahu, sesungguhnya aku jua manusia seperti insan2 lain yg berjalan diatas muka bumi

sekilas perjalanan Musim sejuk tidak lah menandakan berkahirlah segalanya. Musim panas hadir memberikan sinar harapan. namun, hanyalah kekal harapan jika tiada perubahan. dan tanpa disangka, musim inilah harapan itu sama sekali dihancurkan, punah di lunyai. saat itu, air mata jantan ingin sahaja dititiskan. lebih malang apabila perjalanan pulang ku kerumah hanya ditemani air mata dan kesedihan. dlm keadaan pedih itu, aku gagahkan juga diri untuk berhadapan dgn 4km perjalanan...

dan semalam, memang sah. akhirnya aku akur pada takdir Illahi. bahawa, kita tidak mungkin akan seperti dahulu. ia terjadi saat doctor mengesahkan bahawa sinaran-x yg dilakukan pada engkau menunjukkan kesan2 kesakitan lama yg mungkin tidak akan sembuh. dan cubaan untuk menguji semalam telah membuktikan kebenaran hakikat yg tidak mungkin segala impian aku kembali...

Tuesday, May 1, 2012

Sebuah Kisah Cinta~

Sedang aku sedang membasahkan rambut yg telah disyampoo, sedikit percikan telah masuk kemataku. maka tertutuplah ia rapat menahan kepedihan. Hilanglah sebuah deria untuk mengawal kestabilan badan. Tatkala inilah, dlm keadaan sempit bathtub tu, terasa seolah2 badan hilang kawalan dan hampir terjatuh. Kaki kanan yg sakit ini lantas beraksi, memerah saki baki kekuatan yg ada untuk menyokong kaki kiri. Maklumlah, kaki kanan ni ada injured, ankle fracture~

Mengeluh kecil aku sendirian dlm bathtub tersebut, menahan kepedihan yg muncul dgn dahsyatnya kali ini. Lantas terbayang suasana hospital yg telah aku lewati 3 minggu lalu. dalam bnyk2 pesakit, satu yg sangat2 mengambil perhatianku; seorang bapa hampir2 menangis melihat anaknya yg mengerang kesakitan akibat terjatuh dr pagar. barangkali, kakinya sudah terpeleot, mungkin juga patah. ketika inilah aku teringat kata2 ibu yg selalu terngiang2 dikepala.

"Farzan, awk dr kecik lagi xboleh duduk diam. Masa awk kecik2 dlu kaki awk tu patah dulu"

Dan ketika sedang mandi td, aku termenung seketika dibawah semburan air shower. Jika aku melihat bapa yg membawa anaknya yg kesakitan itu separuh menangis, bagaimana pula kedua ibu bapaku. Mereka adlh insan pertama yg cintakn aku dan merekalah yg tetap memberi cinta sehingga ke saat ini. Adakah mereka turut ternanges, gelisah, melihat aku yg ketika itu merupakan anak bongsu mereka berada dlm kesakitan. Satu yg aku pasti, aku bukanlah seorang yg senang menangis. Namun, ibu bapa mana yg tidak risau anaknya tidak dapat berjalan kembali selepas terjatuh. Sesungguhnya anakmu ini sangat rindu pada cintamu itu~

kembali ke masa kini, aku sedar, siapalah aku untuk dicintai. seorang insan yg tua zahirnya, tidak kacak, muka jerawat, penuh kesakitan, kini kaki pulak cacat, xpandai, xkaya, dan tidak juga pandai menjaga orang lain. siapalah aku untuk dicintai jika diri ini sering sahaja menyibukkan diri memikirkan perihal org ramai yg mungkin tidak pernah langsung menghargai kewujudanku. siapalah aku untuk dicintai kerana hati ini ini sudah puas sakit dan terluka. biar sahaja aku yg memberikan cinta tanpa mengharap cinta dikembalikan~

30 minit sebelum papan kekunci ini ditekan, aku sedar sesuatu. cinta itu bukan kerana rupa, harta, keupayaan atau keistimewaan. Ia bukan kerana membalas perasaan atau layanan. cinta itu adlh kerana keikhlasan, tidak perlu apa2 kayu ukur. dan tiada sebab juga untuk cinta ditolak, kerana ia tiada kewajipan keatasnye selagi tidak termaktub dlm syarak. yg paling penting cinta ini adalah kerelaan untuk berkorban dgn bijak tanpa perlu kata2...
terima kasih atas segala cinta yg pernah diberi dan maafkan jika ada silap dan salah dalam percintaan~

Friday, February 17, 2012

Love is a Double Edged Blade with no Handle~

be prepared to bleed when ur gonna love something
no matter how hard u try
ull get hurt
one way or another
but the pleasure of holding love
is more than anyone can ask for

a blade is shiny, sharp
it can pierced even the sharpest armor
to depth of ur heart
only to be hoped that it remains there

ask of urself r u willing to give
and not to take
to sacrifice and not to whine

the world is a lovely place where love is for everyone
but the touch of ur hand on this killer tool
only u should decide
how gentle is ur grip for each person u love

some chooses not to hold again
thus falling down to ground
hurting themselves and might hurt others as well

some choose to love evrything
bleeding for the right of everyone
bringing him d only one that's hurting

but some...knows their way around
a blade is not sharp everywhere
there's always a dull spot on the blade
and the eye, is for the one and only~~

embrace ur love, reminisce the moment, never make a person cry~

Thursday, February 16, 2012

Stressed Out~

I am totally unaware of myself
as i drifted away from reality
i thought i woke up from my dream months ago
only to realize that i woke up to a deeper dream

so many things to do
incapable of planning
n moreover, incapable of doing

perhaps am out of motivation to act
though i can motivate myself to continue on living
but i see no purpose of doing things till d very last minute
procrastination at its best

now its been a while without fb, twitter and even some of my emails
settling things one by one
paying the price o my mistake
but as i grow tired, i then consult myself
and things repeated, time's wasted
to comfort myself

i guess i do need u by my side
not as in need, really need, cant live without u
but just a small voice to tell me to do things
before it gets to late

u...whoever u are
please keep reminding of my responsibility
to my world~

I dont think im in that state of stress
but it turns out so
there are signs of me in stress all over me
n yet today only i agree
as no more zikr came out of my mouth
just constantly foul words mocking and hating myself

am drifting away~~

Tuesday, February 14, 2012

Reminiscing, Desires of a Heart~

"It was my dream to set foot on that stage one day?"

"Let's dunk when we meet again"

"Making math subject people will love"

"Spread d'love"

these where the words i used to say once upon a time
i wish i had all that still inside me

Wednesday, February 8, 2012

A Lost Love, A Craving Heart~

Zac hugged him from behind as it was freezing cold. some people see it as gay, but hey, years back when we were all kids, we used to hug and some even kiss. Now, everything became wrong by own accord. Where is the love that once was there? t was not a tight hug, just lightly to get a bit of heat to overcome the winter night coldness... He looked down to Zac, it was no one but his very own brother. He would have budge if it was someone else, but looking at that small, long-haired, skinny kid, he accepted it.

Zac had no idea what went through his mind. Its a river of thoughts, of emotions of feelings, of stories untold, lies unfold. He imagined the warmth of the last hug he ever had and the way he returned it. Full of love, full of trust. Giving a feeling of safety and care, watching the person fall asleep in his arms. Then to wake up knowing that love is still there, smiling upon the morning breeze, morning shine. So many to ponder upon. but to no avail, the person's no more. Not here, not there, not anywhere around. 

If he was alone, tears would have fell down. But he hid it, being the ever so cold, emotionless, innocent guy. No one ever knew the feeling he ever had inside except for his little sister, the one who he seeks upon to tell the tales of a missing love. He shook his head hoping the touch of memory, the feeling of lost disappears. Nothing happens. Stories keep flashing down his lonely mind. He then pushed back Zac and ran to his Laptop and holding out his mobile. The phone was drop dead silent, no message, no phone call. Skype was on since the past 5 hours, still same stuff. Nothing...

Nervous and unsettled, he searched for any remains of memories, pictures, videos, anything. Again, nothing. He lost it, the whole hard disk of memories. He lost everything, even lost himself. Lost his forever love. What's left is only words and feelings. All the wisdom passed down, all the advice and all the lonely conversation they had is the only thing to prove the time they had existed

"nothing is urs forever, keep on living and accepting"
"savor the moment, fret not the past,and hope not much on future as nothing is for sure"
"love is simple, u give, give and give just to see a smile returned back to u"
"sacrifice sometimes is a must, but no one else should suffer for the sacrifices made"
"keep pushing forward, ur one tough guy"
"I can never promise u anything, i know it's unfair, but it's just me. just me..."
"I dunno. Whatever is in my heart is unknown"
"If its the best or both of us"

He's still holding his tears. This time distracting himself with the contacts he have online. that is his only remedy. the only hole to keep him company. He has lost his love and craving to ever see her again~~

Sunday, February 5, 2012

Worried~

worry not my dear
life is not meant for u to think about urself alone~




Doakan lah ketenangan saudaramu~

Friday, February 3, 2012

A Dissected Heart, a River of Tears~

i shut my ears, closed my heart and put my eyes direct to the screen
to hell with everything around me
am seeing
my loved one crying without been able to help, running away from me
my beloved, moving on going to have a happy life with my best friend
my bestfriend, well sentence above describes it
my friends, some broken down to pieces n others going off for marriage
my works' not done, my assignments, projects n studies
my sleeping time is out of order
n lastly...
my spirit went down the drain
TO HELL WITH OTHERS, LET ME WATCH THIS MOVIE FOR TONIGHT!!~

as the movie finishes, i stood up on my bed
yes, literally standing on my bed and looked over
5 bodies, fast asleep...how adorable
then i looked at them one by one
and it touched my heart
2005, i will walk around the corridor just to see people sleeping
tuck them in, pull their blankets over them
fed them pillows, recite prayers for them if they seem not calmed
and 2012, i felt it has been so long since then
so i looked...n looked

one of them was trying to pull his blanket to cover his long body
n that blanket was thin as well, so he must be cold
it's -4 outside~
so i gave him my blanket, i felt warmth
the warmth of love :)
pull it over n watch him sleep

to the next one, due to others, he slept on the floor
without pillow, just blanket
so i took out my best pillow n gave it to him
reminded me of 2002
where i gave everything i could use to sleep in the cold night to others
pillow, blanket, shirts and even my kain pelekat
so i slept sitting down bersila to give them more space in the tent

another guy was sleeping without blanket,
he covers himself with another pillow
ah, i remembered, there's another blanket in the closet
treasure hunting time!!
so i gave it to him

the other two was perfectly silence
swept by their sweet dreams
except that the lights were on
and it's right above their eyes
in order to have my ow light
i switched on my bedside light and put up a barrier
so less light would reach them

and am done
i feel relieve
thank God for showing me part of me
the part of me that went missing along time ago
there's more to live than just urself
i am not a father to them
just a lil kid seeking n giving love

as i type this,a spider is making its home
near me
how he tried
going up and down
almost falling at times, just to be saved by its own web
tears came down
and it was not hurt
it was not of regret
but it was of how beauty Allah's guidance is

May Allah help us all...May Allah reach our heart and ease us
May Allah guide us through our hardship
May Allah, shine us with hidayah
May Allah help our loved ones
May Allah gives us what's best and keep our heart towards him
May Allah gives us motivation to not fall on each of His trials
May Allah forgives us all

~A Story of a Wondering Love~

Thursday, February 2, 2012

Moment in Life~

A moment in life when i feel like wanna ball
u know what that means...
someone be beside me...right now
pleaseeeeeee~~~~~~

Monday, January 30, 2012

A tale...Settled between the Unsettled~

u run away from problem
thinking ur the reason behind all the bad things
well look back
even if ur d reason, would running solve anything
perhaps it'll just make things worst

i thought of running to give space
cz i think my presence just changes evrything
but now i know
by doing that, it makes things worst
n nothing is ever solved

so now am back on my feet throwing balls, shooting hoops
to see familiar faces
now that's what's called as happiness
and to see them smile is called ecstasy

till later~

Thursday, January 26, 2012

My Wake Up Call~

bangun pagi dengan malasnye..tgk jam pn still mls nk bgn
dengan orang tgh cuti, lepak kat umah ktorg lg
tetiba, fon berdering...kring3~
agh~ mlsnyeeeeee

tgk nama...haaa~

its d second time dia kacau aku tdo
but its good
cz i need to wake up by dat time actually~

n there it goes, anytime i wanna find peace
away
things come back to me rapidly
am in awe~~

Sunday, January 22, 2012

Sebuah Kisah, Semangkuk Sup~

"hmm...nk habiskn sup r. bnyk rempah da nak basi ni"
"owh, ye?" dlm hati merungut sbb asyik makan sup je lately
"sayur ada bnyk lg ni, sawi....hmm...sup sayur r, dgn ayam blackpepper"

aku berlalu pergi tanpa menghiraukn menu yg telah diberi sebentar t
lalu mesyuarat bermula dan perut mula berbunyi...
lantas teringt kembali menu tersebut
sup sayur

mengimbau kembali hampir setahun yg lepas
tatkala, semuanya sedang sibuk
dan juga kesejukan yg melanda
ada seorang insan yg sudi
"harini mkn apa?"
"sayur...sup sayur"
"kenyang ke mkn sup sayur. dah la sup, pastu sayur je plak tu"
"okay r. blh la"
ketika dirumahnya...
"nk makan x?"
"nak sup sayur!!!"

walaupun hati ini mengatakan sup sayur itu tidak mengenyangkn
tetapi kehangatan sup itu cukup membahagiakn
untuk ketika itu. seolah2 sebuah satu ubat yg menyegarkn
dan aku tersenyum melihatnya

"sebenarnya, Farzan suka makan sup. Sup sayur"
ye mmg betul, dua lauk yg amat digemari oleh insan ini ialah
sup sayur yg mmg healthy tu dan sayur masak lemak
nyum3!!!

owh memory dan andaaaaaaa~~~

Thursday, January 19, 2012

Craving for sunset~~

if tomorrow's a great clear sky day
ill b there, to watch the sunset
its such a nice view of london from there
n end my day at the big masjid over there
insyaAllah~~
oh wait, i hv meetings at 4 -.-"
perhaps ill go to the meeting after maghrib
what say u? hmm~~

Wednesday, January 18, 2012

Semangat~

Hmm...semangat itu juga satu nikmat dari tuhan
tp kita pula perlu la juga usaha untk mencari semangat
jgn la nk harap tetiba nk ada semangat tanpa ada pape

selaen dr lagu standing in the eyes by Ella
ada satu lagi lagu
baru tadi melihat malah mendengar mereka nyanyi
cari2 kat utube mmg xdpt r
tp lagu tersebut merupakan lagu semangat untuk kami
ketika di padang
atau di court
atau di mana2 sahaja

"Tiada Gunung"

Tiada gunung terlalu tinggi
buat kami daki di tengah panas
tiada juram terlalu dalam
buat kami turun di siang hari malam kelam


hutan rimba
padang lalang
menyusuri jalan yg jauh
panas terik
hujan berangin
ayuhlah
ayuh maju


pantang kalah
pantang undur 
kerana terlatihnya
pasukan sekolah alam shah
menyapu lawan semua


oi!
oi!
oi!
oi!


payung indah berkembang
diangkasa raya
desiran ombak ku kayuh
cuaca buruk ku tempoh
itulah alam shah sas!!!


now that's my story :)

Monday, January 9, 2012

Missing~

i woke up in daze
cz tdo petang
i've not been sleeping well
and not even in d right pose
sleeping on a single-seated sofa
no wonder~

n i noticed its already 830
on d first day of term
she's no more there for me
i should not mourn
but instead i should continue living
i know..
but the condition beats any i've had

i woke in thinking of u
basketball n fun
of u changing
u graduating
u working
n ur bday
n ur words of nothingness
am deeply hurted suddenly
withuot even u doing anything
i want that miracle if it even exist

but hold on!!!
am moving, dont stop me
dont make me go backwards to those times
no3
argh!!!

Sunday, January 8, 2012

Men's Best Friend~

hey3...after years of experiencing and researching
i found out something
though it should not b that accurate
cz everyone is different and have different preferences
but3...generally things like this should apply
and for geeks/nerds/freaks this is definitely true
hahahaha~~

Men's best friend is always said to b a dog?
hmm..now let's change to reality
putting aside all the family members,
next on the bes friend list is a guy, a bestfriend
believe me, even if d guy has a wife
he is still loyal to his best guy friend

wut's next? hmm...perhaps wife?
but not gf...wife, because its commitment
that's d reason y gf would not b next in list
a guy if he is in his real life as in not blinded by love
would o to any of his guy friends first before
going to any girl, even his gf
though geek/nerd/freaks should not have gf :P

after that..hmm...let me see~
i think it's computer
try and see how many guys ditch evrything else for computer
computer games, internet on any other thing
suprisingly, sports comes next in list once upon a time
but now...computer wins the game
to certain, computer might b his top best friend
the first to run to
those guys have no life~~

then..animals, nature alike
the peaceful and calmness
aaa~~

now where does girls fall in the list?
err...idk...perhaps it depend on the emotion of d guy to d girl
if not, she might just b after nature
wayyyyyyyy bottom of d list
hmm~~??
but it also depends on the people some put girls before computer
and some put girls before nature
but for sure, girls can never break a guys friendship
BROMANCE~~
hahaha