Monday, December 17, 2012

Yang Melihat dan Terlihat~

Jauh nun di celah pohonan manusia, dua insan kerdil, kerdilnya bagaikan si pipit di celahan enggang. Terlahirlah sebuah persoalan. Adakah kerdil bermaksud tidak dapat dilihat? adakah yang dilihat hanya dua insan? atau mungkin yg terlihat itu lebih...

ketika dua insan sedang bersama, mata yg melihat tidak pernah pudar dari bertanya. Yang dilihat itu bukanlah dua jasad semata, tetapi lebih. Penilaian yg bersifat peribadi. Pengalaman, agama, pra-sangka, gurauan, dan pelbagai...

Tidaklah aku mempersoalkan mengapa kita menilai. tetapi bagaimana kita menilai. 12 tahun dahulu aku diajar oleh seorang tokoh. Mungkin bukan tokoh bagi anda yg membaca, tetapi tokoh bagi diriku

Husnu DZon. suatu topic yg tidak mudah. Husnu itu baik dan DZon itu sangka. Berbaik sangka. Berapa ramai antara kita yang mampu berbaik sangka dengan setiap satu yg kita lihat. Buangkan unsur2 negative dlm pemikiran

Selagi mana sesuatu itu tiada bukti, tiada pengakuan, mengapa harus kita menunding jari dan mengatakan yg negative? ada kala aku diberi tamparan hebat dgn jawapan mudah

Kita tidak boleh percaya pada orang lain. kena berhati-hati

Apa lagi jawapan yg blh aku berikan pada mereka, jika di sudut hati mereka sudah tertakluk perasaan ragu2 keatas setiap insan. Tidak boleh disalahkan hati yeng kecil jika hidupnya penuh dugaan. Maka, jadilah insan yang mengasihi, cuba memperbetulkan setiap sesuatu yg terjadi.

Bersangka baiklah, kuburkan fikiran2 negative...dan asah minda menjadi creative dengan membuat alasan2 mulia bagi setiap tindakan yg meragukan

Kerna aku insan yg kerdil~~ wallahualam~~


No comments: