Thursday, February 28, 2013

Kesilapan mengundang kesengsaraan~

Maka kini malam2ku kini menjadi milik kamu duhai kerja2 projek dan timbunan nota. semoga sentiasa setia menemani ku
oh sarcasm...

Tuesday, February 26, 2013

Tips Dapur~

Perihal dapur bagi orang lelaki ni tidak la ssh sangat. tapi sesetengah org seperti saya (malah ada lagi teruk) agak menitik beratkan dapur...maka ini tips

  1. makanan kena ada...blh naik gila mknn xde..haha
  2. pinggan mangkuk, basuh la..bukan xleh tangguh.tp kalau xnk basuh, letak dlm sinki n tuang air sedikit
  3. jangan bagi sinki penuh
  4. jangan bg minyak melekat2
  5. jangan bagi kerak2 mknn ada atau kesan2 kopi, teh, mahupun milo
  6. periuk ada 3 tmpt je...atas dapur, dlm sinki atau da siap basuh...
  7. kat tmpt pinggan tu elok2 laa. sudu tempat sudu, garfu tmpt garfu, pinggan, mangkuk dll
  8. tirap mlm2 bg kemas
  9. simpan bhn2 kat tmpt dia
  10. dan akhir buat masa ni...kalau ada lebihan makanan...terus la simpan lepas semua da makan

Tuesday, February 12, 2013

Reply~

Dalam fasa ingin berlatih tp tidak bergerak dari katil...sungguh telah naik 10kg dan tidak berusaha untuk turunkan.sebaliknya berusaha untuk hidup bersama 10kg tersebut. bayangkan lah...
keadaan lebih sejuk drpd biasa, malah jarang sudah saya turun berbasketball...ada je, tapi jarang. kini lebih sibuk dgn kehidupan seharian
dalam kala menjangkakakn tidak mungkin blh main lg, sy telah kembalikan ke Malaysia segala peralatan basketball untuk halang sy drpd bermain. tp apabila doctor telah mengesahkan sy blh bermain, tanpa ragu2 sy kembali. slowly n carefully...
Manchester telah ajar saya bnyk perkara dan sy perlu kembali ke basic dan fitness...oh sungguh sy seperti org tua yg xblh berlari.hahahahahhaa
need new basketball shoes size 10.5...anyone? haha

Thursday, February 7, 2013

Persoalan Politik~

Maka selari dengan perbincangan hangat sekarang ini, saya juga ingin mengemukakan isu politik. Apa itu politik? Sedalam usaha saya mengenal dunia, politik itu bukan sahaja terletak pada kepimpinan orang2 atas sahaja. tapi kita dalam kehidupan seharian ini juga berpolitik sesama kita. Politik itu adalah satu seni untuk memperoleh pengaruh lantas dgn adik kita juga kita mungkin berpolitik. hehehe...

Tapi persoalan hari ini, bukan siapa politik, siapa lebih bagus, apa sebab berpolitik, kotor bersih politik. Hari ini berkisarkan emosi saya. haha... Jujur, saya bukan lah orang yg sempurna. Tetapi sesetengah keadaan membuatkan sy bertanya. Mungkin ini berbunyi racist bg sesetengah pihak, namun bagi saya, ia adalah hak saya untuk menunjukkan dan berbangga dengan identiti saya

Semasa barisan kepimpinan kita sedang berusaha untuk meraih kepercayaan rakyat. Yang menjadi kelakar bukan lah mereka sahaja. Iye, mungkin sesetengah itu seperti "strangers handing over kids some candies", tapi itu adalah fenomena biasa. Taktik, strategi. Yang lebih kelakarnya adalah reaksi. Konon seperti orang besar yg tak mahukan gula2 yg di sodok. Tapi hakikat hanya taw menolak tanpa tahu cara untuk memperbaiki. Tatkala orang sibuk hendak memimpin, kaum saya sibuk mengutuk sana sini, bertelagah bagai semua yang mereka buat itu betul dan yang pihak lagi satu adalah salah. Telagahnya pula takat di bibir dan kekunci komputer. kalau lah yg up sikit, protes, huru hara. Yang cuba bertindak saya ucapkan tahniah, tapi rata2 nya hanya tahu menabur benih benci sahaja.

Kaum lain jika menyibuk pn, setakat satu, dua post yg efficient (seperti post direct kps psy untuk membantah) then senyap. Tidak dinafikan juga kewujudan kaum lain yg rancak berbicara, tp cacat anggota. Cuma bilangannya teramatlah sedikit berbanding dgn kaum saya. Pergilah menuntut ilmu, bisnes, tolong anak muda, tolong kerajaan bina negara, jd sukarelawan, mantapkan ekonomi, atau apa2 sahaja yg lebih berfaedah dr menabur kata2 kesat dan negative

Binalah dunia dengan kasih sayang. Jika tidak suka sesuatu itu, bencilah pada perbuatan itu sahaja. Usah dibenci orang, usah dibenci tindakannya seterusnya. Kerana mungkin orang itu lebih kisahkan anda, lebih kasih dan sayang kan anda dari diri anda...sesungguhnya Allah jua yg lbih mengetahui :)