Saturday, October 31, 2009

Harapan Tinggal Harapan

Saat itu, kita sama2 mengatakan komitmen kita dlm dunia ini. Tiada siapa pun yang membantah. Di bawah satu nama, di bawah satu badan, di bawah satu kepimpinan. Tanggungjawab yang diberi akn sama2 ditanggung, ranjau akan ditempuh, harapan akan dijunjung. Selama ini, kita tidak berdalih apabila membuat suatu perkara. Utuh kita berdiri dgn satu pendapat dan bergerak bersama deminya. Berkorban sama2 demi satu matlamat...

Namun kemudian aku pelajari, itu semua hanya dusta. Kepentingan dan ego yg tinggi sahaja yg engkau miliki. Aku pun sama sahaja seperti engkau. Maka aku cuba mengubahnya. Aku mahu melihat keakraban itu wujud seperti awal2. Tidak terlintas difikiran untuk melihat segalanya berakhir sebegini. Aku cuba untuk mengubah segalanya, aku makan diri aku untuk melihat harapan kita bersama itu tidak pudar. Aku gagal. Aku gagal. Dan aku terus gagal. Mungkin kerana aku belum menurunkan ego ku. Atau usaha belum cukup kuat.

Aku terguris ketika engkau tidak hadir saat engkau diperlukan. Penantian itu sungguh menyakitkan. Jam berdetik dan terus berdetik dan engkau tidak muncul2 jua. Aku cuba menelefon, SMS, dan menghantar pesanan. Masih ku gagal mendapatkn engkau. Jikalau sekali tidak mengapa. Tp pada saat ini sudah bnyk kali engkau tinggalkn aku sendirian. Aku manusia, ilmu ku, pengetahuan ku, pemikiran ku, dan tenaga ku ada batasan nya. Aku penat. sebulan ini aku usaha dan mengharap tp ini sahajalah yg aku mampu...

Maka ampunilah aku dan bantulah aku. Mari kita bersama semula membentuk sebuah dunia yg indah dan bahagia. Sukar bg ku meninggalkn kau tp jika itu yg engkau mahuknm aku tidak blh katakan apa2 kecuali aku syg pd mu...engkaulah sahabat, engkaulah teman, engkaulah yg akn membentuk masa depan. Cuma hati ini terkilan bagaimana engkau blh tinggalkn tanggungjawab yg kita ambil bersama dan membiarkan aku terkapai2 menanti mu. Terkilan bagaimana engkau tidak berbincang dgn ku terlebih dahulu, sebaliknya trus hilang tanpa kesan....


Luahan Hatiku ini khas merupakan perjalanan hati yg ku tempuhi sepanjang Oktober. Sehingga ku tidak lalu buat kerja klas, assignment or study. Sebulan ku cuba tp ku masih gagal. Kemarahan melanda tp apabila ku sedar dr amarah itu, ku pelajari yg diriku ini juga ada silapnya...

Sebuah Keluarga Bayangan...

Pernah suatu ketika saya berkata pada diri saya sendiri, kn bagus kalau kami ni semua keluarga. Itulah gambaran yg hati ini ada terhadap rakan2 di luar sana. Dahulu ketika di SAS saya belajar satu perkara yg amat pernting. Erti persahabatan yang erat, ia membawa kepada sebuah ikatan yg menyedarkan kita bhw kita semua adalah bersaudara. Apatah lg yg sama agamanya.

Setaun lbh saya kat KMB dgn posisi sy ni, sy belajar menyayangi rkn2 sy. Makin lama, sy merasakan mereka semakin hampir kepada sebuah keluarga kepada sy. Dalam ramai2 tu, saya berani meluahkn bhw saya amat menyayangi 3 buah keluarga sy.
  1. Keluarga E08G
  2. Keluarga Basketballerz
  3. Keluarga MPP
Meskipun konflik bnyk berlaku tp itulah yg sering merapatkn lg ikatan silaturrahim antara kita. Semua itu mematangkan kita dan menyedarkan siapa sbnrnya kwn dan siapa yg hanya mengikut perasaan diri shj. Kalau awak xnk ngaku sy ni keluarga, sy xkisah sbb dlm sesebuah keluarga ada je yg xnk ngaku sama darah. Ayah xngaku anak, anak xngaku emak, adik xngaku abg, kakak xngaku adik, inikan pula sebuah keluarga bayangan sy sendiri...tp yg penting awak ttp di hati ini dlm sebuah keluarga bayangan saya...

Begitulah harapan saya kepada rkn2 saya. Sebuah ikatan persahabatan yg trus dibawa hingga nyawa putus dr bdn. Air dicincang xkn putus, dan itulah yg saya impikan. Seringkali saya terbayang, saya, awak dan mereka pada masa hadapan. Masing2 dgn kerjaya, bercoat cam org bsr, punyai suami atau isteri yg secocok, kereta yg menarik, anak2 berlari2 riang, dan sama2 kita membentuk sebuah dunia yg bahagia. InsyaAllah sebuah dunia berteraskan agama yg agung, ISLAM...

Titisan air mata membasahi pipi
tatkala terbygkn kita akan berpisah
tangisan bukan kerna sedih
tp gembira
kerna insan kerdil ini yakin
shbt yg dihdpn berpisah kerna mengejar kejayaan
mengapai harapan
sehingga kita berjumpa lg
saudara ku, abg ku, kakak ku, adik ku
KELUARGA KU...

Saturday, October 17, 2009

Dunia Hanyalah Tempat yg Sementara ....

ha...
tuk pengetahuan semua,
post ni xde pun berkaetan sgt ngn tajuk
tp bila difikir2kn psl tajuk
tetiba tajuk ni yg kuar
so redha je la ek :D

Petang td, saya merenung jatuhnya mentari yg telah sehari suntuk membakar kulit saya ni. disekeliling saya, rakan2 yg menggelarkan diri mereka 'Fish" sedang asyik berlari kejar2. saat itu saya terlihat satu kemesraan dan kegirangan yg jarang dpt dilihat. Sang matahari membawa saya menyingkap memori2 silam dan bayangan masa depan. lalu saya berlayar dalam dunia fantasi saya sambil diukir sebuah senyuman manis dibibir...

Apa yang bermain difikiran? itu lah persoalan yg saya nk bawakan. Ingat x kali terakhir kita bermain kejar2 pastu jerit2, lari2, semua? time kita kecik2 kn...sbb bila kita dh besar, kita asyik membayangkan diri kita ni busy, matured, professional la, pape je la. pastu kita xnk dh maen camtu lg kn. jd, bila tgk 'Fish' main kejar2ngn girangnya, saya terus duduk ngadap matahari terbenam. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Matahari itu seperti bulan dpt memberi sudut untuk kita berfikir dan membayangkn sesuatu. saya sangat gembira sbb dpt melihat semula zmn kanak2 yg dirindui. dalam pada masa yang sama saya terfikirkan satu perkara lg; bila lg kita akan dpt merasai kemesraan sebegitu? dalam hati saya menjawab, ketika dah besar bersama keluarga, ketika seminggu suntuk penat mencari rezeki dan melayan kerenah ahli2 keluarga, tentu seronok dpt meluangkn kegembiraan melalui kemesraan...

Kemudian saya teringatkn dua peristiwa. Sejak akhir2 ni, saya selalu nmpk rakan2 saya seperti  bdk kecik. cam anak2 yang tercinta. mereka bergelak tawa, bergurau senda, gaduh2 manja, mkn2...comel plak dorg. haha...td saya tgk dekat KFC (KMB Food Court) satu kumpulan manusia yg sy sangat syg. kelibat mereka mkn ngn malu2 nya sambil berborak2, pastu gaduh2 manja, cam bdk kck gile :D

Datanglah satu perkara, laju menusuk kalbu. saya sudah membesar n bakal mati xlama lg. keseronokan yg kita tgk ni satu hari akn habis. dan kita sendiri yg menjadi saksi berakhirnya sebuah kenangan. dunia ini memang seronok tp dunia itu sendiri adalah tempat persinggahan semata2.

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dlm kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur, Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain tidak lain hanyalah kenangan yang palsu...

(Al-Hadiid; 20)

Sunday, October 11, 2009

Minta Maaf Abah Ibu~


aku menguatkn hati ku demi menulis ini
ini bukanlah satu usaha aku mengadu kpd pembaca sekalian
tp hanya sekadar luahan hati yg dh lama aku simpan
n semakin disimpan semakin sakit
....buat mu abah, ibu...aku memohon maaf...


saya tahu saya bukanlah anak yg terbaik
sjrh kcl saya sebagai seorang knk2 yg nakal
saya yakin rekod brg rosak plg bnyk itu msh saya pegang
rekod keluar masuk hospital kerana sakit
juga rekod bergaduh dgn org
saya juga tahu betapa sy telah menyusahkan abah dan ibu
dr saat saya berada dalam kandungan hingga lah saat ini
tp saya sentiasa cuba meringankn abah dan ibu
cuba abah ingt, pernah ke saya meminta duit tambahan
atau barang-barangan yang baru
atau jua hadiah buat hari lahir atau kejayaan saya?
cuba ibu bertanya balik, berapa banyak janji yg saya pegang untuk ibu
berapa kali saya cuba ukirkn senyuman di muka ibu tatkala ibu sdg marah
atau betapa saya cuba menolong ibu di rumah dan juga di luar
saya faham semua itu tidak bernilai
jika dibandingkan dgn segala yg telah abah dan ibu lakukan
tp itu lah yg saya cuba lakukan
klu abah ingt, saya jrg keluar bilik sjk kblkgn ini
semua itu kerana x mahu ada lg pergaduhan
kerana x mahu lg menyemak kn rumah yg abah n ibu sering kata semak
kerana x mahu menjadi punca abah dan ibu marah
tiada niat di hati untuk mengasingkan diri ini
jujur~

saya tahu
kejayaan saya tidak lah sejauh mana
saya gagal mendapat pingat2 yg abah dan ibu hendakkan itu
academic?
saya sedar, saya tidak seperti abg2 saya;
telah pun berjaya dan sedang berada di ngr org
mendapat anugerah terbaek di kolej dan Malaysia
tp saya masih mencuba
mengubah nasib pelajaran sy yg sy rasa hanyalah tangga terbwh
drpd impian abah dan ibu
diri saya ini tidak pernah mendapat anugerah yang terbaik
Tokoh Pelajar?
Anugerah Emas dr Kementerian Pendidikan?
Johan Drama Kebangsaan?
Sanjungan Kehormat dr Persatuan Mathematic South East Asia?
Sanjungan Kehormat dr Persatuan Olimpiad Antarabangsa?
Wira Contoh?
Vice-Captn Pasukan Bola Keranjang?
Pengerusi MPP?
dan mcm2 lg....
saya tahu itu semua tidak bermakna
kerana bukan itu yg abah dan ibu mahukan
sbb itu lah sy berazam menutup sgl kisah silam dan memulakan hidup baru
demi mencapai cita2 abah dan ibu
menjadikan saya seorang yg berjaya di masa hadapan
bkn berjaya hanya sekadar di masa ini
saya amat menyedari
betapa saya telah melukai hati abah dan ibu dgn tingkah laku saya

sejujurnya
saya hanya mahu melihat abah dan ibu tersenyum lebar
tanpa merisaukan aku
saya mahukan keluarga kita berkumpul seperti suatu masa dahulu
saya tidak sanggup melihat kita semua berpisah
saya selalu cuba untuk menjauhkan diri saya dr mslh
supaya tidak tercalar nama abah dan ibu
saya selalu berusaha meletakkan nama saya di mana2 jua saya pergi
untuk memberitahu dunia, saya mempunyai abah dan ibu yg telah mengasuh sy sebaiknya
itu lah yg cuba saya lakukan
tp andai kata perilaku saya ini sedikit sebanyak telah mengguris hati
saya pohon maaf kerana diri ini tidak berniat
andai kata kata-kata saya tidak tepat penggunaannya
saya pohon maaf kerana diri ini tidak berniat
andai kata saya belum menjadi anak yg baik dan berguna
saya phon maaf kerana diri ini tidak berniat

bg saya, abah dan ibu...
saya ini hanyalah seorang anak yg bnyk bersalah pada mu
tp sedang mencuba sebaik mungkin
kerana saya tahu
adik beradik saya ramai
bukanlah saya seorang
jd untuk meng'handle' semuanya mmg ssh
can klu saya boleh mengurangkn beban
maka berkuranglah beban abah dan ibu sebanyak seorang anak

maka abah dan ibu
drpd kesemua ini, saya hanya meminta satu lagi perkara drpd mu
percaya lah diri saya ini
itu sahaja yg saya pinta
saya tidak lagi menyimpan rasa inginkan abah dan ibu dtg melawat saya di sini
saya tidak lagi menyimpan rasa inginkan sesuatu penghargaan dprd abah dan ibu
saya tidak lagi menyimpan rasa inginkan kewangan untuk menyokong hidupku
tp berilah kepercayaan terhadap apa yang saya lakukan
saya manusia memerlukan teguran tp
jgn lah teguran itu bersandarkan ketidakpercayaan terhadap tingkah laku saya
percayalah...
restuilah perjalanan hidup saya ini
saya janji
saya akan berada di sisi abah dan ibu sehingga nyawa ini ditarik



Mintak maaf buat para pembaca kerana emo ckit. ptg td air mata ku menitis memikirkan kesalahan2 aku kat dorg dan kata2 dorg pada aku. Tp dlm bnyk2 kenangan itu, aku telah matikan rasa kesedihannya kerana nasehat rakan2. cuma aku terasa bagai tidak dipercayai. maka sebagai seorang anak, saya merasakan perkatra cam ni tidak patut. aku pun berasa bersalah lg pd kedua ibu bapa sbb cam ada sumthing yg aku buat sehinggakan mereka tidak percaya pada aku. meskipun hal kcl, tp terasa ttp terasa.

nasihat buat para pembaca, jagalah kedua ibu bapa mu sebaek mungkin kerana niat mereka sejak kita dilahirkan adlh suci. Manusia membuat silap dan salah, segeralah mintak maaf kat dorg agar mereka sentiasa merestui perjalanan hidup kita insya-Allah...

sayangilah mereka walau apa2 pun yg terjadi, hiburkan hati mereka, jd lah insan yg berguna untuk mereka
^_^

Thursday, October 8, 2009

Sebuah motivasi dalaman

tuk diri sy dan rakan2 sy
in adlh sebuah lagu yg bnyk menjejaki idup sy
ketika sy xsuka blaja music drjh3 dlu, lagu ni muncul dlm idup sy
ketika sy rasa mls time drjh 3 lagu ni bermain semula
drjh 6, lagu ini memberi sy smgt tuk truskn usaha buat UPSR
kat SAS, lagu ini menjadi kenangan abadi kami
kat kem PB, lagu ini menjadi kesatuan kumpulan yellow
dan saat ini, lagu ini kembali memberi sy smgt setelah sy pnat2 n mencari motivasi

"Standing in The Eyes of The World"
Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Wednesday, October 7, 2009

Starting of 10/09~

nk tulis tp mls, satu2 nye perkara sy boleh ckp ialah sy sgt pnat dan memerlukan seseorang disamping sy
kalau boleh, tlg la jd kn bulan ni satu kejayaan yg sgt best. Dgn ini sy tamatkn post dgn pesanan ringkas
sesungguhnya Allah itu sentiasa berada di sisi Hambanya yang beriman, jd tetapkn hati n perasaan terhadap-Nya
serta truskn perjuangan kearah Keredhaan-Nya

Saturday, October 3, 2009

IB = I'm Busy

duduk kt KMB selalu dgr perkataan yg sy xsuka sgt ni. semua orang merasakan beban angkara huruf2 kapital. siapa sangka huruf2 yg kita blajar kat tadika dulu akan menghantui tidor mlm kita sejak kita kecil lg; UPSR, PMR, SPM, EE, IA, TOK, UKCAT, IELTS, TOEFL n sebagainya. Tp perkataan busy itu adakah satu penerangan kepada situasi yg sedang berlaku atau alasan dan satu perkataan untuk meletakkan diri di tempat yang selesa?
Klu kite bertanya pada diri sendiri kn. btul ke kita busy sbb setahu sy kn, kita ni masih mampu tidur seperti baby, melayari internet, membaca post ini, mengomen, fb, bergelak tawa bersama rakan n melakukan bnyk perkara lg. Kenapa kita empunya masa tuk tu semua sdgkn kita sendiri yg kata kita bz? sy musykil, apakah makna bz itu sbnrnya....
aritu, semua org kate bz nk buat EE, IA, TOK tp in the end x ramai pn yg buat. tp yg maen game nye ramai. Yg tdo nyenyak waktu mlm pn ramai. yg kat internet tu xyh citer la, alang2 buat keje, on9 la jap kn :D
ok2
cukup kata2 men'down'kn org. sbnrnya tu semua adlh kata seorg insan kpd dirinya sendiri. sbb minggu ni dia xsentuh pn keje2 die. dia cuma berasa sedih sbb benda2 yg diusahakn nya sepanjang minggu ni hanya 1 je berjalan. tu pn bnyk mslh. dan perancangan dia untuk bulan 10 ni mmg dh full tp sedih melihat kwn2 yg bila ditanya psl dorg punya plan, full gk tp full tuuk dri sendiri. nak mintak tlg pn xlh. semua sbb wujudnya perkataan bz tu
arini sy berasa sgt pnat n gagal mencapai prestasi yg pernah dibuat record dlu. sy tumpas ditgh jln apabila jam 1630 sy dh merebahkn bdn sy...tp detail psl ni sy xnk post la sbb bnyk sgt benda yg sy simpan dlm ati je takut tbe2 sy emo laen lak jd nye.hihi...

jd kita sama2 reflect balik, perlu ke kita mengaku diri kita bz. Adakah kita bz atau Tuhan dh tarik satu nikmat dunia, iaitu kelapangan masa? sama2 kita merenung ye...