Saturday, May 12, 2012

Kehilangan~

Patah tumbuh silih berganti,
Namun yg datang xakan sama dengan yang pergi
atau dalam keadaan tertentu, yg hilang itu tidak ada penggantinya

pada cuti Musim Panas yg lepas, aku telah tiada peluang untuk turut serta dalam sebarang aktiviti bersama. malah tiada langsung peluang untuk kami bergembira dan bergelak ketawa. sungguh aku merasakan inilah waktu segalanya akan berubah, 3 bulan untuk menentukan keupayaan kekuatan kami untuk masa2 yg akan datang. walaupun harapan yg ditanam semakin menggunung, namun hidup sebagai seorang penganalisa telah memberikan aku satu keputusan dr jangkaan masa depan yg aku lakukan. Sungguh, dlm tidak sedar di sudut hujung hati terpacak sebuah bayangan yg dikau tidak akan kekal lama...

Musim Luruh, angin bertiup kencang membawa bersama angin perubahan. sedikit demi sedikit meniup lalu satu ikatan yg sudah pun rapuh. meskipun tidak lah kelihatan perubahan tersebut, tapi perasaan goyah itu wujud bagaikan sedang berjalan diatas titian tali yg sudah pun usang. mungkin senyuman yg terukir, mungkin jasa yg baik tertulis, namun tiada siapa yg tahu betapa aku merasakan perubahan itu hadir dalam benak fikiranku. dan tiada siapa tahu yg walau aku cuba membuang semua fikiran dan perasaan itu, sifat semuljadi manusia unuk mempertahankn diri itu muncul; takut. ye aku takut bila segala itu bergema dalam jiwa

akhirnya, kesejukan yg hadir membeku juga segala apa yang ada. Musim sejuk menjanjikan sebuah penutup seperti juga musim2 sejuk yang lain. air yg menitis hanyalah titisan-titisan air byg telah beku, sejuk, tiada perasaan, tiada pemikiran. kesedihan yg menyelubungi hanya boeh dilindung dengan keadaan cuaca yg turut muram. hanya Tuhan yg tahu, sesungguhnya aku jua manusia seperti insan2 lain yg berjalan diatas muka bumi

sekilas perjalanan Musim sejuk tidak lah menandakan berkahirlah segalanya. Musim panas hadir memberikan sinar harapan. namun, hanyalah kekal harapan jika tiada perubahan. dan tanpa disangka, musim inilah harapan itu sama sekali dihancurkan, punah di lunyai. saat itu, air mata jantan ingin sahaja dititiskan. lebih malang apabila perjalanan pulang ku kerumah hanya ditemani air mata dan kesedihan. dlm keadaan pedih itu, aku gagahkan juga diri untuk berhadapan dgn 4km perjalanan...

dan semalam, memang sah. akhirnya aku akur pada takdir Illahi. bahawa, kita tidak mungkin akan seperti dahulu. ia terjadi saat doctor mengesahkan bahawa sinaran-x yg dilakukan pada engkau menunjukkan kesan2 kesakitan lama yg mungkin tidak akan sembuh. dan cubaan untuk menguji semalam telah membuktikan kebenaran hakikat yg tidak mungkin segala impian aku kembali...

1 comment: