Thursday, December 16, 2010

Mari Berkongsi~

#Part 1
Tatkala mentari hendak pergi menyorok,
digantikan dgn kegelapan yg menyelimuti
terdapat insan2 yg jatuh, rebah kebumi kerana harapan
bukan kerana berjaya, tp gagal
dan mereka tidak pula pandang ke langit dan ingin bangkit
tetapi mereka duduk kaku seolah2 tiada lagi daya upaya
seolah2 takdir tidak akan membenarkannya~

ketika para manusia zaman lampau ingin jatuh kelurah kesesatan
ketika harapan kebebasan hilang ditelan pemerintahan yg memaksa
ketika kewangan menjadi penentu status dan hamba adlh seperti manusia tidak bernyawa
diturunkan seorang pembantu, pembangkit, pemimpin
bg menarik semula setiap roh yg tersembam
agar bangkit kepala kepada sirat-l-mustaqim~

seorang nabi, seorang rasul
penyinar sesuatu umat
agar mereka senantiasa sedar akan wujudnya harapan
iaitu harapan terhadap satu2 nya Rab
yg memiliki langit, bumi dan segala diantaranya



dan itulah hebatnya manusia akhir zaman
yg dikatakan Allah sebagai sebaek2 umat
kerana salah satu yg disemai dijiwa setiap ummat Muhammad adalah
"Ammar Makruf, Nahi Mungkar"
mungkin setiap antara kita tidak lah sehebat seorang Rasul
baik perbuatan, percakapan mahupun niat
tp hasil campur sedikit adalah banyak sekali



sebutir salji yg turun mungkin cair sebaek sahaja ia menyentuh bumi London
tp ia merupakan bantuan untuk butiran2 salji seterusnya untuk kekal
kerana ia telah berjaya menyejukkan sedikit Kota London untuk menerima salji2 yg bakal mendatang
itulah dakwah setiap antara kita ke atas setiap jiwa yg sedar
dan apabila cukupnye salji yg turun maka putih suci la seluruh nya
kemudian apabila mereka lalai dan lupa akan tanggungjawab itu
maka salji mula cair dan menjadi lecak2 yg kotor

oleh itu umat akhir zaman...jalankan tanggungjwb mu
bukan untuk saya atau diri sendiri
tp laksanakan demi Allah
makmurkan muka bumi ini
jd lah khalifah yg unggul

kadang kala kita persoalkn ilmu kita yg sedikit
ini bukan lah nasihat atau kata2 smgt
tp peringatan
ingatlah bahawa sampaikan hanya yg dipastikan benar
dan bukan lah yg hanya mengikut 'aqli semata2
kerna kelak kamu akn dapati bahawa masih bnyk perkara yg boleh disalah tafsirkan jika kamu hanya menggunakan akal tanpa ada org yg berilmu yg membimbing
dan dengan menyampaikan, insyaAllah yg lbih benar itu akn lebih jelas di hadapan~

# Part 2
Cuti selalu muncul dlm kehidupan
lagi2 bg seorang wanita
dan kewangan juga sering menjadi persoalan
tanyalah diri, tentunya akan ada kewangan yg masuk
tidak kira la biasiswa, dr insan tersayang mahupun drpada bos
yg penting ia merupakan kepingan2 yg mempunyai nilai jual beli keatasnya


dan pada penghujung hari
kita melihat kearah mana nilai tersebut digunakan
keluar menjelajah Al-Ardh dlm dunia yg memenuhi kegembiraan hati tanpa memperoleh apa2 selaen drpd kepuasan hati
atau
menggunakan kewangan tersebut untuk bermusafir mencari ilmu dr seluruh pelusuk alam
atau
mengkaji tempat anda berada
atau
simpan ke anak cucu yg dimana hari ini 1 000 000 mungkin bnyk
tp pd zmn cucu nnt mungkin itu sudah tidak begitu bernilai

tny lah pd seketul daging dlm diri masing2
kemanakah perginya rezeki yg Tuhan telah berikan
adakah untuk manfaat, atau untuk mudharat
muhasabahlah cara anda berbelanja harta di musim cuti ini~

No comments: