Friday, December 18, 2009

kata2 seorang pendekar

masih segar dalam ingatan kali pertama saya mandi tapak untuk penerimaan sebagai anak murid gayong (genggam angkat yakin waras ngeri). sedari itu, darah panas mengalir ke seluruh pelusuk badan mengingatkan pada diri bahawa kita adalah orang melayu yang penuh dengan seninya. satu persatu rahsia silat saya pelajari, seninya halus, kuncinya mantap, sendinya lembut, kuasanya kuat, pegangannya tegas.

pelbagai soalan bermain dlm kepala terutamanya tentang adat. namun akhirnya telah diungkaikan satu persatu. setiap adat bukannya dipercayai akan dapat memberi apa2 yg istimewa pada anak murid kerana perbuatan tersebut. tetapi jika mandi tapak, itu sekadar adat ikrar penerimaan anak murid. yg makan2 tu semua sekadar simbolik asam garam kehidupan dan manisnya sebuah kejayaan. kalau yg mandi2 tu lak, kita bkn percaya pada keajaiban tetapi pada khasiat bahan2 yang digunakan (madu 7 jenis bunga berlainan warna, limau kasturi, batu kemenyan). mandi minyak xprnh buat org kebal, tp die cam minyak pelincir la.penjelasan tuk yg ni saya kurang pasti sbb belum pernah buat lg, xsempat.

ajarannya sangat best sbb dapat beri pelbagai pengetahuan disamping boleh mempertahankan diri. saya belajar advance dr senior, xmaw tunggu ckg ajar, tp ada la akibatnya, xlgkp.huhu... saya dan rakan2 sebatch ketika itu masing2 ada kelebihan sendiri. asri dengan seni dan lompatan; safwan dengan kekuatan dan kekerasan; hafizuddin dengan ketangkasan dan seni; arif dengan semangat dan kelajuan dan saya, sekadar pelengkap pasangan sahaja.hehe... tp nk citer kat sini yang, keseronokan itu hadir dalam kumpulan, xkn besnya jika berseorangan

kemudian kerana mslh kesihatan, saya terpaksa berhenti. setiap kali melihat gelanggang, setiap kali saya melihat orang berlatih, setiap kali saya melihat nama gayong itu sendiri, darah menderap laju mengingatkan diri ini adalah anak gayong. saya mahu kembali berguru. kembali berseni, kembali bersilat. itulah namanya semangat. baru2 ini saya pelajari sesuatu perkara yang baru. silat itu adalah salah satu warisan melayu, harta pusaka kita. siapa lg yg mahu menjaganya jika bukan kita. jadi anak2 melayu sekalian, bukannya mahu jadi racist, tapi saya mahu kita bangga dengan asal usul kita, bukan cuba menjadi org2 yg kita tidak kenali sebenar-benarnya...



Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.


Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.


Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.


Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.


Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.


Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.


Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.


Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.


Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.


Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.


Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.


Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.


Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.


Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.


itulah dia...tp yg paling saya suka sekali ialah salah satu daripada warisan Dato' Meor Abdul Rahman itu sendiri. katanya...
"Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

7 comments:

Anonymous said...

amir- weih mane aku :P

PoJ@N said...

cewah~~!!!!
suke suke suke!!! xP

Farzan said...

hehe
ko ske aje
:)

Farzan said...

oh2
amir...tertinggal ko kat situ
hehe
ko nk pe?
aku bg
japg aku edit :D

Anonymous said...

amir- x pe la
x kesah pun

Farzan said...

haha
buat2 xkesah konon
nnt aku gigit ko bru taw :D

raihhh said...

syabas. im proud of u.