Wednesday, July 21, 2010

Jangan Baca~

izinkan saya gunakan "aku" untuk membahasakan diri kerana nk menghayati lg sbb kat sekolah2 dlu selalu buat karangan guna kata ganti diri "aku"

digit2 di laptop menunjukkan jam 12.08 a.m. aku masih belum boleh tidur. macam2 bermain dlm benakku kerana malam ini istimewa buatku. buakn kerana mendapat apa2 yg istimewa, tetapi kerana hati melonjak riang dapat menanda kertas peperiksaan dr JOHOR. Satu persatu aku selak sejak jam 11.36 td. Mudah betul nk menanda sebab kekurangan ilmu yg mereka perolehi. Kini saya dapat melihat jurangnye. Kami disesetengah pusat pengajian sudah diberi asa pendidikan yg lebih kepada kajian berbanding ujian. Aku tersentak, sedih pun ada. "Inilah bangsaku" aku terfikir. rupanya sangkaan aku meleset apabila nama yg tertera dimuka depan adalah nama seorang Tan, Cin, Ling dan sebagainya. Maka aku perbetulkan persepsi ku..."Inilah pelajar2 generasi akan dtg negeraku". Maka jauh disudut hati ingin mengembara ke Negeri Selatan, menaburkan bakti. hanya perlukan masa yg lebih sahaja...maka sebelum terus jari jemari ini menari, lebih baik aku singgah ke medan perang, kekhusyu'an vs syaitan~

dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan paling selesa bagi seekor syaitan. terlihat adek terbaring kat sblh. kemudian berjalan ke bilik ibu, kelihatan sebuah tubuh lemah dan penuh jasa di atas katil dan di atas lantai, terkujur pula adik yg paling kecil...turun ke bawah, panaroma biasa tatkala kami sekeluarga berkumpul, abg tgh tidur lena di ruang tamu. Dulu2 tu la tmpt aku, tp kerana aku berjaya menjajah katil terlebih dahulu, bak kata org putih, siapa cepat dia la yg dapat. kah3...serentak dgn itu, terdapat suatu gambaran yg melonjak2 di fikiran mahu aku lontarkan. aku terbayangkan jika aku mampu terbang merentas benua. Ibuku yg ku lihat td, siapa akan jaga, berapa lama akan aku menjauhkan diri daripadanya. bapaku, kini sedang bersama kerjanya, bukan lg org muda yg mampu bekerja seharian suntuk, risau juga aku. adik2 ku yg masih kecil ini, siapa yang akan memberi motivasi dan kata nasihat. dan abang2 ku, bila lagi kita akan bersua...suana hening dalam kegelapan malam~

aku pun ke tikar sujud dan kembali kepada Pencipta...merasakan kesunyian tanpa-Nya dan merisaukan perihal keluargaku. tiba2 teringatkan abah yang masih belum pulang, pg td, dia ke airport untuk ke Penang, katanya malam baru pulang. Tp, dh bertolak pun pg...malam pukul brapa baru nk sampai kan. xkesahlah, aku setia menanti kepulangannya. setelah risau2 semua, aku kembali ke katilku menghadap laptop sambil memeriksa kertas2 peperiksaan di kiriku. jari-jemariku lancar meloncat2 di papan kekunci.

MAAF GANGGUAN SEKETIKA JAM 0043

minta maaf, mood beralih ganti kerana mendapat panggilan telefon drpd abah. mmg saya risaukan abah tp tidak sangka abah akan telefon sebegitu lewat dan bukan sedang berada di hadapan rumah. selalunya, abah hanya menelefon jika betul2 berada dihadapan rumah untuk kami keluar membuka pintu. tp kali ini sebaik sahaja ganggang itu diangkat, diminta untuk paskn kepada ibu atau abg. sedih kerana rasa tidak penting, aku perlahan2 ke sebelah katil ibu, rasa bersalah untuk kejut. namun memandangkan kekasih ibu yg sedang di telefon dan sudah tentu kekasih itu lebih mengetahui perihal ibu, maka dikejutkan juga ibu dan diserahkan ganggang mudah alih itu. kemudian barulah aku tahu, abah kehilangan beg miliknya di airport bersama laptop dan barang2 berharga lain. duit boleh cari, tp data2 hilang nk cari kat mana...

kelam kabut rumah dibuatnya, abah tidak boleh pulang tanpa kunci kereta yg berada dalam beg tersebut. jadi kami terpaksa ke sana. dalam perjalanan aku berfikir "Alhamdulillah harta je yg diambil dan bukannya nyawa abah, tp risau juga kerja2 abah tu. mana la taw, abah penat nk buat semula semua dan jatuh sakit..."
apa2 pun satu lagi perkara yg perlu bersyukur, Allah telah mmbri aku masa untuk bersama abgku yg jarang skali kami membuka mulut bersama...sedang leka berfikir, tetiba hp berbunyi dan abah sekali lagi ditalian. rupa2nya dh selesai. kami pun pulang dgn hati yg lega :)

ingat~
Setiap perkara itu ada hikmahnya. Jangan segera menyalahkan mana2 pihak dan jangan pula kita rasa rugi dengannya. sebaliknya beruntunglah kamu kerana diuji dan beruntunglah kamu kerana diberi nikmat yg lain oleh Allah kerana Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana :)

1 comment:

ffh said...

thanks fr the advice.glad your dad is ok:)