Sunday, July 22, 2012

Meniti Sirah~

Perjalanan manusia itu akan sentiasa meninggalkan sesuatu. paling kurang, manusia itu meninggalkan kisah sejarah hidup mereka untuk kita ambil teladan.Biar baik, biar tidak jasanya di atas bumi, setiap sesuatu itu pastinya ada pengajaran...maka, sesekali toleh la ke belakang mencari salah dan silap diri untuk diambil iktibar demi mematangkan kita...

Bukan sahaja sejarah diri yg perlu kita renungi, selongkarlah pusaka2 nenek moyang kita sehingga ke Nabi Adam A.S, selidik sejarah mereka satu persatu. adlh mustahil dgn masa yg ada untuk melihat pada semua, maka pilih lah dgn bijak sirah kehidupan insan yg sesuai untuk dikaji..

Petang td, sempat saya menelaah beberapa kisah para sahabat Nab Muhammad S.A.W untuk melihat kehebatan mereka. kata orang, hendak menjadi seperti Rasulullah itu sangat sukar, maka kadang kala lihatlah pada para sahabat yg mungkin ada sifat2 mazmumah menyerupai kita,. pemarah, kurg sabar, kasar, membazir masa dan sebagainya. dan dari situ kita mula mengubah diri kita. biarlah target kita menjadi seperti Rasulullah tetapi perjalanan kita di bantu oleh sejarah para sahabat. Kita juga jgn lupa, bahawa sebaik2 raja yang mempunyai sebaik2 tentera yang disebut dalam hadith bukan lah zaman Rasulullah dan bukanlah baginda itu sendiri. maka, wajarlah kita melihat pada ramai orang lain yg hebat juga sebagai tauladan

Sebelum coretan ini disambung dalam keadaan random. adalah lebih molek kalau sy kembali kepada perkara sebenar yg ingin disampaikn...tatkala menyelak episod kehidupan saat2 akhir para nabi, ramai yg ada menyebut perkara sebegini
"aku tidak kenal orang yg lebih bnyk dosa dari aku"
atau
"ada dikalangan kita yg tidak akn jejak ke syurga, dan aku merisaukn jika itu adlh aku"

bukanlah rendah diri yg sy nk sampaikn. tp betapa jiwa mereka di isi dgn satu perasaan untuk tidak mencari salah org. tetapi kenali kesalahan diri. tiadalah sesiapa pn yg akn masuk syurga atau neraka melainkan dgn izin Allah dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Tidak seharusnya kita menilai baik buruknya perbuatan seseorang dan lebih malang lg jika penilaian itu terus dichopkan didahi si pembuat. MasyaAllah, kita bukan nya suci dr dosa. Henti lah menghukum orang dan hukum lah diri sendiri

jika para sahabat boleh menangis mengenang nasib diri. mengapa kita degil, setitis air mata pn sukar untuk kita titipkan mengenang malangnya diri, tetapi begitu tinggi suara kita menyalahkan org dan mengaibkan mereka...samalah2 kita berubah

ingat, persoalan nya bukan apa yg kita mahu buat. tp siapakah org yg mahu kita contohi~
wallahualam :)

Wednesday, July 18, 2012

Apa Bukan Persoalannya~

Apakah perkara yg kita minati? apakah sesuatu itu sesuai untuk dilaksanakan? apakah definisi perkara yg tersebut? apakah kita punya masa depan? apakah? apakah? apakah?
persoalan seribu satu tanda tanya. tp masalah tidak terlahir dari perkataan apa. sebaliknya mula lah dgn siapa. seperti tanyakan dulu, siapakah diri anda? siapakah org yg sesuai untuk anda? siapakah pembimbimng anda? sehingga la anda dpt kenal pasti setiap satu org disekeliling. dr stu baru la kita dpt tahu, latar belakang diri sendri untuk kita mula menilai apa yg sesuai dan apa yg tidak
renung2 kn la text ditulis 3minit demi membuang masa ini :)

Saturday, May 12, 2012

Kehilangan~

Patah tumbuh silih berganti,
Namun yg datang xakan sama dengan yang pergi
atau dalam keadaan tertentu, yg hilang itu tidak ada penggantinya

pada cuti Musim Panas yg lepas, aku telah tiada peluang untuk turut serta dalam sebarang aktiviti bersama. malah tiada langsung peluang untuk kami bergembira dan bergelak ketawa. sungguh aku merasakan inilah waktu segalanya akan berubah, 3 bulan untuk menentukan keupayaan kekuatan kami untuk masa2 yg akan datang. walaupun harapan yg ditanam semakin menggunung, namun hidup sebagai seorang penganalisa telah memberikan aku satu keputusan dr jangkaan masa depan yg aku lakukan. Sungguh, dlm tidak sedar di sudut hujung hati terpacak sebuah bayangan yg dikau tidak akan kekal lama...

Musim Luruh, angin bertiup kencang membawa bersama angin perubahan. sedikit demi sedikit meniup lalu satu ikatan yg sudah pun rapuh. meskipun tidak lah kelihatan perubahan tersebut, tapi perasaan goyah itu wujud bagaikan sedang berjalan diatas titian tali yg sudah pun usang. mungkin senyuman yg terukir, mungkin jasa yg baik tertulis, namun tiada siapa yg tahu betapa aku merasakan perubahan itu hadir dalam benak fikiranku. dan tiada siapa tahu yg walau aku cuba membuang semua fikiran dan perasaan itu, sifat semuljadi manusia unuk mempertahankn diri itu muncul; takut. ye aku takut bila segala itu bergema dalam jiwa

akhirnya, kesejukan yg hadir membeku juga segala apa yang ada. Musim sejuk menjanjikan sebuah penutup seperti juga musim2 sejuk yang lain. air yg menitis hanyalah titisan-titisan air byg telah beku, sejuk, tiada perasaan, tiada pemikiran. kesedihan yg menyelubungi hanya boeh dilindung dengan keadaan cuaca yg turut muram. hanya Tuhan yg tahu, sesungguhnya aku jua manusia seperti insan2 lain yg berjalan diatas muka bumi

sekilas perjalanan Musim sejuk tidak lah menandakan berkahirlah segalanya. Musim panas hadir memberikan sinar harapan. namun, hanyalah kekal harapan jika tiada perubahan. dan tanpa disangka, musim inilah harapan itu sama sekali dihancurkan, punah di lunyai. saat itu, air mata jantan ingin sahaja dititiskan. lebih malang apabila perjalanan pulang ku kerumah hanya ditemani air mata dan kesedihan. dlm keadaan pedih itu, aku gagahkan juga diri untuk berhadapan dgn 4km perjalanan...

dan semalam, memang sah. akhirnya aku akur pada takdir Illahi. bahawa, kita tidak mungkin akan seperti dahulu. ia terjadi saat doctor mengesahkan bahawa sinaran-x yg dilakukan pada engkau menunjukkan kesan2 kesakitan lama yg mungkin tidak akan sembuh. dan cubaan untuk menguji semalam telah membuktikan kebenaran hakikat yg tidak mungkin segala impian aku kembali...

Tuesday, May 1, 2012

Sebuah Kisah Cinta~

Sedang aku sedang membasahkan rambut yg telah disyampoo, sedikit percikan telah masuk kemataku. maka tertutuplah ia rapat menahan kepedihan. Hilanglah sebuah deria untuk mengawal kestabilan badan. Tatkala inilah, dlm keadaan sempit bathtub tu, terasa seolah2 badan hilang kawalan dan hampir terjatuh. Kaki kanan yg sakit ini lantas beraksi, memerah saki baki kekuatan yg ada untuk menyokong kaki kiri. Maklumlah, kaki kanan ni ada injured, ankle fracture~

Mengeluh kecil aku sendirian dlm bathtub tersebut, menahan kepedihan yg muncul dgn dahsyatnya kali ini. Lantas terbayang suasana hospital yg telah aku lewati 3 minggu lalu. dalam bnyk2 pesakit, satu yg sangat2 mengambil perhatianku; seorang bapa hampir2 menangis melihat anaknya yg mengerang kesakitan akibat terjatuh dr pagar. barangkali, kakinya sudah terpeleot, mungkin juga patah. ketika inilah aku teringat kata2 ibu yg selalu terngiang2 dikepala.

"Farzan, awk dr kecik lagi xboleh duduk diam. Masa awk kecik2 dlu kaki awk tu patah dulu"

Dan ketika sedang mandi td, aku termenung seketika dibawah semburan air shower. Jika aku melihat bapa yg membawa anaknya yg kesakitan itu separuh menangis, bagaimana pula kedua ibu bapaku. Mereka adlh insan pertama yg cintakn aku dan merekalah yg tetap memberi cinta sehingga ke saat ini. Adakah mereka turut ternanges, gelisah, melihat aku yg ketika itu merupakan anak bongsu mereka berada dlm kesakitan. Satu yg aku pasti, aku bukanlah seorang yg senang menangis. Namun, ibu bapa mana yg tidak risau anaknya tidak dapat berjalan kembali selepas terjatuh. Sesungguhnya anakmu ini sangat rindu pada cintamu itu~

kembali ke masa kini, aku sedar, siapalah aku untuk dicintai. seorang insan yg tua zahirnya, tidak kacak, muka jerawat, penuh kesakitan, kini kaki pulak cacat, xpandai, xkaya, dan tidak juga pandai menjaga orang lain. siapalah aku untuk dicintai jika diri ini sering sahaja menyibukkan diri memikirkan perihal org ramai yg mungkin tidak pernah langsung menghargai kewujudanku. siapalah aku untuk dicintai kerana hati ini ini sudah puas sakit dan terluka. biar sahaja aku yg memberikan cinta tanpa mengharap cinta dikembalikan~

30 minit sebelum papan kekunci ini ditekan, aku sedar sesuatu. cinta itu bukan kerana rupa, harta, keupayaan atau keistimewaan. Ia bukan kerana membalas perasaan atau layanan. cinta itu adlh kerana keikhlasan, tidak perlu apa2 kayu ukur. dan tiada sebab juga untuk cinta ditolak, kerana ia tiada kewajipan keatasnye selagi tidak termaktub dlm syarak. yg paling penting cinta ini adalah kerelaan untuk berkorban dgn bijak tanpa perlu kata2...
terima kasih atas segala cinta yg pernah diberi dan maafkan jika ada silap dan salah dalam percintaan~

Friday, February 17, 2012

Love is a Double Edged Blade with no Handle~

be prepared to bleed when ur gonna love something
no matter how hard u try
ull get hurt
one way or another
but the pleasure of holding love
is more than anyone can ask for

a blade is shiny, sharp
it can pierced even the sharpest armor
to depth of ur heart
only to be hoped that it remains there

ask of urself r u willing to give
and not to take
to sacrifice and not to whine

the world is a lovely place where love is for everyone
but the touch of ur hand on this killer tool
only u should decide
how gentle is ur grip for each person u love

some chooses not to hold again
thus falling down to ground
hurting themselves and might hurt others as well

some choose to love evrything
bleeding for the right of everyone
bringing him d only one that's hurting

but some...knows their way around
a blade is not sharp everywhere
there's always a dull spot on the blade
and the eye, is for the one and only~~

embrace ur love, reminisce the moment, never make a person cry~

Thursday, February 16, 2012

Stressed Out~

I am totally unaware of myself
as i drifted away from reality
i thought i woke up from my dream months ago
only to realize that i woke up to a deeper dream

so many things to do
incapable of planning
n moreover, incapable of doing

perhaps am out of motivation to act
though i can motivate myself to continue on living
but i see no purpose of doing things till d very last minute
procrastination at its best

now its been a while without fb, twitter and even some of my emails
settling things one by one
paying the price o my mistake
but as i grow tired, i then consult myself
and things repeated, time's wasted
to comfort myself

i guess i do need u by my side
not as in need, really need, cant live without u
but just a small voice to tell me to do things
before it gets to late

u...whoever u are
please keep reminding of my responsibility
to my world~

I dont think im in that state of stress
but it turns out so
there are signs of me in stress all over me
n yet today only i agree
as no more zikr came out of my mouth
just constantly foul words mocking and hating myself

am drifting away~~

Tuesday, February 14, 2012

Reminiscing, Desires of a Heart~

"It was my dream to set foot on that stage one day?"

"Let's dunk when we meet again"

"Making math subject people will love"

"Spread d'love"

these where the words i used to say once upon a time
i wish i had all that still inside me