Tuesday, April 16, 2013

Ketika Waktu Itu~

Peristiwa 1

"apa kita nak buat sebagai manifesto kita"
"manifesto ni kira janji la kn, something yang kita mampu la"
"jgn kita janjikan apa2, xperlukan manifesto2 ni. biar kita diangkat kepimpinan kita kerana diri kita bukan kerana janji kita. Ingat bagaimana para Sahabat menjadi Khalifah. Ada ke Sayidina Abu Bakar bg manifesto. x. malah terus sahaja dia mendapat kepercayaan tu"
"xboleh jugak, kita kena ada usaha. xblh la nk harapkan menang tanpa usaha. manifesto ni kira usaha kita la...sekurang2nya sesuatu yang kita buat untuk bersaing dengan calon2 lain"
"betul juga, if itu lah keadaannya sekarang, aku bagi satu cadangan. Xperlu manifesto kn perkara2 material, lebih kan kepade pertahankan akhlak dan hak pelajar, serta perkasakan segala bentuk bantuan yg blh kita beri"

....

Peristiwa 2

sewaktu pembentangan manifesto, rancak dan petah janji2 yang diberi. malah ada yang menjanji kan sesuatu yg telah pn dilaksanakan, demi cuba mendapat kredit. satu persatu perkara yg ingin dilakukan dan dilaksanakan. infrastruktur adalah janji yg paling sukar untuk dilaksanakan. tp apakan daya, mereka mahu jd perlu lah diberi peluang...tiba soal sesi jwb, satu persatu soalan dilontarkan...ketika sebentar shj lg hendak ditutup tirai, seorang tlh bgn. perlahan langkahnya, senyum wajahnya dan sedikit bongkok badannya...

"bila nanti ada seseorang berbuat salah, apakah tindakan yang ingin dilakukan sekiranya dilantik menjadi pemimpin"

senyap seribu bahasa, masing2 pandang satu sama lain. kemudian bangkit seseorang

"sesungguhnya itu bukan tanggungjawab kami, itu tanggungjawab kita semua. tatkala kami punyai kuasa untuk membantu, tp tugas nasihat menasihati, tegur menegur dan memperbetulkan itu adalah tanggungjawab bersama sebagai umat Islam. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. ada juga kemungkinan kami berkuasa untuk memberitahu kepada pihak atasan secara terus, tp bg saya, itu bukanlah tindakan yg terbaik untuk kita. seharusnya perkara ini kita tangani bersama2 selagi tidak teruk. lepastu, kalau degil sangat, itu blkg cerita.haha"

....

Peristiwa 3

Ketika konflik besar berlaku dan segalanya terletak di bahu pemimpin. Termasuk lah kesalahan merosakkan harta awam dan menceroboh. perbincangan dr pemimpin persatuan dengan admin.

"kita perlu lihat kembali apa yg telah terjadi. saya mendapat berita bahawa ada diantara kamu sendiri yang melakukan kesalahan tersebut. macam mana perkara ini blh berlaku"
"saya memohon maaf atas kejadian tersebut. perkara itu telah pn berlaku, segala kerosakan telah pn diganti dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab keatas perkara tersebut"
"saya cuma nk tahu siapa yg buat je. awk bg nama semuanya selesai. mungkin kita blh gantung dia ke, hentikan dia ke..."
"saya lihat itu tidak wajar. kita boleh mengambil tindakan, tp bukan kah lebih elok kita lihat terlebih dahulu secara keseluruhan. dr peringkat kita. kita sebagai pemimpin perlu lihat bagaimana perkara tersebut blh jd dlm pimpinan kita. Kita pemimpin bertanggungjawab atas segala yg berlaku dalam nya. ya, dia bersalah, tp kita kaji dulu kenapa. mana silap kita dalam hal ini"
"siapa kamu nk persoalkan kami"

....

Peristiwa 4

"Jauhi perhimpunan2 yang bising, terjerit2, gelak ketawa dan tiada faedah. kerana di dalamnya sudah tentu terdapat syaitan dan unsur jahiliyah. kita bukanlah sebarang manusia, tp kita adalah ummat Muhammad dan juga khalifah atas muka bumi seperti yg telah termaktub dalam Al-Quran. Bukan nak kata salah, tp hindarilah, cari perkara yang lebih berfaedah untuk dilakukan. itu pesanan pertama saya. Pesanan kedua, kamu jgn menjadi anjing. semua perkara kamu nk laporkan. terhegeh2 minta pentadbir mengenang jasa kamu. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak meminta untuk memimpin. Tetapi kerana keikhlasan dan kejernihan peribadinya, kepercayaan diberi kepadanya. Jika kamu meminta2 jawatan, itu sahajalah yang kamu dapat, tiada redha dan pertolongan Allah didalamnya. tp jika kamu dipilih menjadi pemimpin, insyaAllah bantuan Allah itu ada bersama kamu ketika melaksanakan segala tanggungjawab. jgn berasa terbeban kerana Allah bersama2 kamu"

....

dan dari situ kamu akn dapat mengetahui apa pegangan pimpinan saya. cerita diatas adalah rekaan berdasarkan pengalaman. tidak langsung mencerminkan kata2 sebulat2 nya seperti yg disebut pada ketika itu. Kisah ini dipetik kerana terdapat ciri2 kepimpinan yang sy cukup minat... maka demi mencari sesuatu yang lebih bermakna...sila jelaskan apa definisi pemimpin anda dan sejauh mana tanggungjawabnya...kata saya, pemimpin terlebih dahulu, baru lah party. kerana muslim adlh sebaik2 ummat dan jika dia adalah pejuang agama, sudah tentu dia adalah sebaik2 ummat y blh menjadi pemimpin yg terbaik

Wallahualam~


dalam lift menuju Career Fair.xlama lg, bermulalah era baru~

No comments: