Tuesday, May 1, 2012

Sebuah Kisah Cinta~

Sedang aku sedang membasahkan rambut yg telah disyampoo, sedikit percikan telah masuk kemataku. maka tertutuplah ia rapat menahan kepedihan. Hilanglah sebuah deria untuk mengawal kestabilan badan. Tatkala inilah, dlm keadaan sempit bathtub tu, terasa seolah2 badan hilang kawalan dan hampir terjatuh. Kaki kanan yg sakit ini lantas beraksi, memerah saki baki kekuatan yg ada untuk menyokong kaki kiri. Maklumlah, kaki kanan ni ada injured, ankle fracture~

Mengeluh kecil aku sendirian dlm bathtub tersebut, menahan kepedihan yg muncul dgn dahsyatnya kali ini. Lantas terbayang suasana hospital yg telah aku lewati 3 minggu lalu. dalam bnyk2 pesakit, satu yg sangat2 mengambil perhatianku; seorang bapa hampir2 menangis melihat anaknya yg mengerang kesakitan akibat terjatuh dr pagar. barangkali, kakinya sudah terpeleot, mungkin juga patah. ketika inilah aku teringat kata2 ibu yg selalu terngiang2 dikepala.

"Farzan, awk dr kecik lagi xboleh duduk diam. Masa awk kecik2 dlu kaki awk tu patah dulu"

Dan ketika sedang mandi td, aku termenung seketika dibawah semburan air shower. Jika aku melihat bapa yg membawa anaknya yg kesakitan itu separuh menangis, bagaimana pula kedua ibu bapaku. Mereka adlh insan pertama yg cintakn aku dan merekalah yg tetap memberi cinta sehingga ke saat ini. Adakah mereka turut ternanges, gelisah, melihat aku yg ketika itu merupakan anak bongsu mereka berada dlm kesakitan. Satu yg aku pasti, aku bukanlah seorang yg senang menangis. Namun, ibu bapa mana yg tidak risau anaknya tidak dapat berjalan kembali selepas terjatuh. Sesungguhnya anakmu ini sangat rindu pada cintamu itu~

kembali ke masa kini, aku sedar, siapalah aku untuk dicintai. seorang insan yg tua zahirnya, tidak kacak, muka jerawat, penuh kesakitan, kini kaki pulak cacat, xpandai, xkaya, dan tidak juga pandai menjaga orang lain. siapalah aku untuk dicintai jika diri ini sering sahaja menyibukkan diri memikirkan perihal org ramai yg mungkin tidak pernah langsung menghargai kewujudanku. siapalah aku untuk dicintai kerana hati ini ini sudah puas sakit dan terluka. biar sahaja aku yg memberikan cinta tanpa mengharap cinta dikembalikan~

30 minit sebelum papan kekunci ini ditekan, aku sedar sesuatu. cinta itu bukan kerana rupa, harta, keupayaan atau keistimewaan. Ia bukan kerana membalas perasaan atau layanan. cinta itu adlh kerana keikhlasan, tidak perlu apa2 kayu ukur. dan tiada sebab juga untuk cinta ditolak, kerana ia tiada kewajipan keatasnye selagi tidak termaktub dlm syarak. yg paling penting cinta ini adalah kerelaan untuk berkorban dgn bijak tanpa perlu kata2...
terima kasih atas segala cinta yg pernah diberi dan maafkan jika ada silap dan salah dalam percintaan~

7 comments:

Leng Chai said...

kata sebuah kisah cinta...

apsal x mulakan dengan pada suatu hari...

sang kancil berjalan2 di tepi sungai.

Farzan said...

lol...xde keja semua cite nk stat ngn pada suatu hari...
bia la kli ni laen sikit...stat dgn dlm shower :P

Bella said...

homesick lettew :P

lol mau takleh nak spoiler lagi.

Leng Chai said...

dalam shower....huhuhuhuhu

http://27.media.tumblr.com/tumblr_lypqxg82M51ro9fdao2_400.jpg

ffh said...

essay bm paling gempak pernah i baca.

Farzan said...

bella~~
not so much ofa homesick, just tgk kaki cacat ni bnyk2 je...huhu

mau~~
tlg sikit ek mau, xde keje tol...da la troll je taw

farah~~
lol...essay camtu leh kata gempak.saja bg nmpk formal sikit..haha

Anonymous said...

Happy Besday Mr Tuffy Genius!!have a blast~smoga trus bahgia ngan kisah cinta bersama syampu.. :P