Saturday, May 29, 2010

pertemuan adalah janji perpisahan~

1999
seorang kawan menjadi musuh. mungkinn kerana sifat kekanak-kanakan kami yg tidak mahu mengalah dan sering menyalahkan org lain. tp dalam hal ini, perubahan adalah disebabkan suatu yang sgt tidak diduga iaitu pergaduhan intra-kaum dan penglibatan seorang guru. tp kemudiannya diakhiri dgn perpisahan dgn jarak. Muhamad F****n bin Z******y berpindah ke Johor Bharu. Sejak dari itu, air mata akn bergenang bila mendgr lagu teman sejati kerana menyesal tidak mengucapkan kata maaf dan berbaik...

2002
berlaku perpecahan dalam 4Boys apabila sekolah agama baru dibuka di Masjid Al-Falah (bukan agama yg baru, sekolah yg baru). persahabatan yg dibina atas dasar kebaikan dan kejujuran itu dicabar dengan perpisahan. Sejak itu, hanya dpt berjumpa beberapa kali sahaja dan sekolah menegah telah memisahkan kami secara terus. berkahirlah sebuah episod persahabatan

2003
seorang lg kawan yg semakin hari semakin mengasingkan diri. Al-Asas, seorang rakan yg baik, peramah dan diminati oleh man2 org dewasa. cuma kerana hatinya, dia lebih minat bersendirian dan mengunci masalah yg dihadapinya sorg2. tp sebagai kwn, masalah2 itu tidak akn dpt disembunyikan

2005
seorang rakan yg baru sahaja hendak menjadi kawan baik dibuang sekolah. sekali lagi air mata menitis ats pemergian seorang rakan. menjadi bertambah sedih pabila mengetahi kisah keredhaannya terhadap peristiwa yg terjadi dan peristiwa malam sebelumnya.sob3ri~

2008
air mata menitis lagi. kali ini di stesen komuter BTS. perpisahan pd 2007 merupakan satu pergerakan ke kehidupan lebih reality untuk masa depan, tetapi kesedihan itu terubat pabila masing2 menaburkan janji pertemuan sebelum melanjutkan pembelajaran. tpi pada kali ini, sudah tidak blh lg bertemu, masing2 sudah hendak masuk ke institusi masing. rombongan yg menghantar saya pergi san saya melihat mereka pergi dgn sayunya...inilah yg dikatakan perpisahan

2010
nampaknya berlaku lagi perpisahan yg penuh kepahitan ini. meskipun hanya stu sem je saya sempat bergembira bersama2 mereka. tp itu sudah cukup memadai untuk mengikatkan hati ini. hakikat perpisahan itu masih tidak dapat diterima sepenuhny. tp cuba seribu daya sekali pun, masa tidak akn berpatah semula. takdir telah menentukan segalanya~

dalam kala kita suka, mahupun duka, ingatlah pada yang Satu kerana Dia sahaja yg kekal selamanya. Setiap pertemuan itu adalah janji kepada perpisahan dan setiap kehidupan itu adalah janji kepada kematian. tp usah bersedih dengan perpisahan itu kerana sudah tentunya Dia telah mengaturkan yg lbih baek untuk dia. jgn dirisaukan jika sebuah persahabatan itu tidak kekal lama kerana persahabatan itu lahir dalam hati, masuk kedalam minda dan tersemat dalam jiwa. selagi ketiga2 ini masih ada n kuat selagi itu persahabatan blh kukuh. dan tidak sekali2 perbezaan tmpt masa dan lain2 akan menjadi penghalang di antara kita. Ingatlah  
Persahabatan atas dasar persaudaraan kerana Illahi merupakan persahabatan yg terkuat

No comments: