Wednesday, March 17, 2010

Semakin Keliru~

suatu ketika dahulu, saya rapat dgn 4 org kwn
ye...kami la 4Bros yg akhirnya berpisah kerana masa
tp nk nyatakan kat sini keakraban kami
bukan nk membongkak atau meng"hilite" diri
tp nk buatkan perbandingan
saat kami bersama mmg kesatuan tu ada
saling nasihat menasihati menjadi tunjang kami
segala mslh kami kongsi bersama termasuk rumah tangga (kami kecil kg la nk ada awek2 ni)
kalau ditimpa kesempitan tidak segan untuk mengorbankan keselesaan dri (kerana ini mereka pernah terkunci dlm stor dan saya terperangkap dalam toilet)
tp yang penting, hanya jika ia ke arah kebaikan

saya juga ada seorg kawan tahfiz
dia ni, selalu membawa ideologi perbandingan sahsiah dan tamadun
kerana padanya, Islam itu bkn sekadar agama
tp satu tamadun bangsa yg penuh akhlak
bkn akidah semata2
dan menjadi tidak salah padanya untuk menghidupkaa budaya kerana budaya adalah juga tamadun cuma perlu elak drpd unsur2 leka dan syirik

pernah juga saya melibatkn diri dgn golongan agama
sy belajar macam2 sbb sy ni mmg kurang ilmu lg
dr aspek akidah ke feqah ke akhlak n akhirnya ke sirah
saya sgt berminat bidang2 agama ini
lagi2 bila terkenangkn seorang senior yg wajah nya sentiasa kelihatan lembut, bercahaya dan menenangkan hati (saya tidak gay, ini diakui ramai...huhu)

saya mula melibatkan diri saya dalam dunia debat agama
kali ini lagi menarik kerana saya dapat belajar agama2 lain juga
mmg tidak sesuai untuk saya join tp keghairahan untuk menuntut ilmu itu memaksa saya
saya berkenalan dgn mereka2 yg dibukakan hati memeluk Islam
saya berkenalan dgn mereka2 yg keras menentang Islam atas sbb2 mereka
malah, saya juga sempat berkenalan dgn golongan satanisme, sgt menarik sbb2 mereka
semua itu saya buat kerana niat mencari kebenaran
dan ingin melihat jika saya bukan Islam Warisan, mampukah saya menerima Islam jika melihat seseorg yg berperwatakan dan berilmu seperti saya ketika itu. jwpn saya, masih belum kerana saya ketika itu hanya tahu Islam kerana Islam yg telah diajar, tp jika disuruh bandingkan knp bukan agama lain, saya gagal
saya percaya kalau nk dakwah yg lancar
ketahuilah kenapa bukan agama lain dengan hujah yg penuh hormat dan hikmah
bukan mengatakan salah semata2

kemudian hadir seorg kawan
yg mengatakan pada saya bahawa bnyk yg kita pelajari itu adlah fahaman yg berbeza dgn sunnah dan jamaah
maka disini baru saya mengetahui bahwa saya mmg bnyk ketinggalan
dlm sejarah...golongan tua, golongan muda dan apa signifikan mereka pd agama yg sbnrnye
dlm sirah...brape bnyk perkara yg telah dipesongkn dan brape bnyk yg tiada bukti yg kukuh
dlm ilmu hadith...siapakah perawi dan dimanakah letaknya kelayakan untuk sesetengah hadith digunakan
dlm ilmu feqah...terdapat bnyk cabang dan kita hanya ketahui stu je, yg laen2 xsentuh pn lg
dlm ilmu tauhid...bnyknye percanggahan dlm ini sehinggakn buku teks sekolah juga dikatakan mempunyai kesilapan
maka saya terus mencari dgn nasehat kwn saya itu, berpegang teguhlah pada apa yg kamu percaya dengan bertauhidkn Allah kerana Allah itu maha Pengampun. Nescaya kamu akn diampuni jika tidak mengetahui. itu tidak bermakna kita harus mendiamkn diri sahaja tetapi seharusnya semakin rancak mengkaji yg hak dalam yg batil

sebelum melangkah masuk ke KMB
abah pesan jgn ikut program agama kat situ
saya bingung. kenapa abah yg menghantar saya ke sekolah agama
memperkenalkan saya pada imam2 dan bilal2
mengimpikan anaknya fasih berbahasa arab dan menjadi tahfiz (meskipun xg skolah tahfiz)
menghalang drpd menyertai program agama kat KMB sedangkn pakcik sy dan abg sy dh pn lps dr situ
akhirnya selepas pendaftaran abah ingatkn sekali lagi jgn ikut dan bgtaw
"Islam ni dh pecah bnyk dh, kalau kita xikut betul2 blh jd sesat. Abah tahu kamu suka program2 ni tp sbb itulah abh suruh jgn ikut. nk belajar, kita belajar betul2"
dan itulah yg saya ikut

tetapi dengan xikut program agama ni pun saya jd keliru dgn agama bkn kerana ilmu yg dicari
tp kerana pendakwahnya yg bersikap pelik
katanya...saya nk menyebar dakwah tp dakwahnya tidak disukai
macam mana tu
setahu saya...Rasulullah punya tindakan semua disukai tp kerana ego dan kepentingan masing2, sifat suka tu terpaksa taruk tepi ketika Baginda berdakwah
Baginda tidak ditolak dr awal seperti yg berlaku kat beberapa kwn saya di KMB ni
bila sahaja dia hendak berdakwah, sudah ada tanggapan negative dlm kepala
pada mulanya saya fikir itu hanya tindakan syaitanirajim
tp kemudian pabila ia berterusan sehingga kini saya sukar menerima perbuatannya
kalau ditegur nnt katanya, "mmg ssh manusia nk terima benda baik ni..."
itu bkn maksud saya...
maksud saya...nk berdakwah biarlah dari akarnya

  • dari diri ditampilkan kepada semua seperti Rasulullah yg sememangnya disuaki sifat dirinya
    • nnt ada la org buat alsn, tu Rasulullah. kita mana blh tandingi dia
    • tp bukankah itu hikmah Baginda dr golongan manusia
    • agar kita blh belajar drpd dirinya dan mencontohinya?
  • masalah dr kepercayaan membawa kepada pembentukan peribadi
    • maksudnya dimantapkan kepercayaan barulah diperbetulkan amalan dan akhlak
    • nnt ada yg kata itu zmn dulu, skrg xlh pakai dh sbb kita semua dh blaja
    • bg saya, bg seseorg itu kenal Allah barulah dia akn knal agamanya
mereka katakan mereka mengikuti Rasulullah
tp apa yg saya lihat, Hassan Albana yg sering diangkatnya berbanding Rasulullah
memanglah hadith dipakai semuanya dr Rasul tp mereka lbh nmpk menonjolkn Hassan Albana
sedangkn golongan yg mengangkat sayidina Ali yg lbh hampir kpd Rasulullah ditentang habis2an

bkn nk kata salah atau sesat
tp saya rasa, adalah lebih wajar jika kita kembali pada ajaran Rasulullah dan mengambil contoh saudara Hassan drpd menengahkan saudara Hassan dan mengambil contoh dr Rasulullah

saya jd lebih keliru kerana saya mahu lihat komuniti Islam
bukan komuniti mulut Islam yg hipokrit
atau komuniti yg menjadikan Islam untuk berada di "safe zone"
itulah komuniti yg saya lihat kini dan kdg kala saya rasa lebih elok saya berada di tempat lain drpd sini
mungkin benar pesan abah itu
wallahualam~

9 comments:

fahim =) said...

risau aku nengok ko ni

"sesiapa yg Allah inginkan kebaikan padanya, diberinya kefahaman dalam ad-deen" (HR Bukhari Muslim)

xpe2 smakin kita nak faham, smakin dekat kita dgn kebaikan yg Allah nk bagi inshaallah
=p

(wlaupun aku pun x phm sgt apa ko nak sampaikan=P)

Farzan said...

risaulah pada aku tp lihatlah pd akarnya ^_^

aku xnk ckp kat ko apa aku nk buat
nnt ko jd pelik cam bdk2 laen gk :P
haha

phm2kn la ye fahmi
semoga Allah membantu perjalanan hidupmu ^_^

mohd asyriq said...

2 la..byk org kelirukan kite kn?

fahim =) said...

akar mana ni?

aku x rasa apa yang ko sebut tu terjadi bagi mereka yang faham.

ko keliru, kena lah dijelaskan.
Sbb kat oversea nnti lg pening.

cumanya klau nak dijelaskan tanpa bersua tu susah la skit =P

Farzan said...

akar tu ko kne cari sendri ^_^

tp sejauh mana kefahaman yg org faham tu benar?
bkn soklan TOK tp reality

aku keliru kerna segelintir
bukan keliru kerana agamaku
tp kerana tindakan
kat oversea nnt aku fhm sbb mmg bnyk fhmn
tp kat cni ni
kata fhmn kita pakai sama, knp mcm2 yg aku dgr, lihat n rasa
hmm?...

fiQ said...

Hmmm... Interesting.
Jadi teguran utk diri aku sendiri.
Thanx Farzan.

Btw, it'll be more interesting if we can discuss more on this issue later at kmb. Mana salah silap yg ada, boleh dibetulkan lagi.

Farzan said...

hmm...sama di pihak sini
mungkin serba serbi yg diatas itu blh mengguris sesetengah pihak
tp perkara ni baru je smakin menjadi
n bile cuba kita selongkari dada2 org len
mereka sendri yg merasakn mnde ni, dri inin pun semakin khuatir
mintak maap kerana ada bercampur baur dgn emosi sehingga pg td ^_^

Anonymous said...

Abdullah:

thanks farzan

kepada golongan hipokrit
beragama utk menunjuk nunjuk
simpan bawak mati buat bahan bakar
mintak syafaat org2 yg ko tunjuk
merebut2 title agama utk gah
merendah-rendahkn org laen
bkn d kmb dan bkn d olak lempit

remy said...

2 la..byk org kelirukan kite kn?