Sunday, July 21, 2013

Ramadhan Kareem~~

Melihat para tahfiz-to-be pada buka puasa perdana semalam membuatkan aku termenung. jauh memikirkan sesuatu

Ramadhan, bukan setakat madrasah ibadah. tp ia adalah satu ikatan kita di atas muka BUMI...meletakkan kita di dunia relaiti bahawasanya kita berada di bumi dan buka sudah mati menunggu hari kebangkitan

ada pendapat bahawa dunia ini hanya persinggahan, jd usahlah dikejar dunia buatlah amalan ukhrawi. tp itu juga bermaksud bahawa hiduplah didunia, cuma cukup sekadar bersahaja.

ini beberapa pemikiran yg muncul dalam benak

1. puasa itu untuk Allah. tp dalam puasa itu penuh hikmah untuk kehidupan manusia didunia. merasai kekurangan org lain, menahan diri, bersabar, berbuat baik dan sebagainya

2. ramadhan, manusia berkejaran melakukan ibadah. maka itu adlh realiti. kehidupan masih seperti biasa. g keje, balik keje. gaji tetap sama. cuma mungkin penat sikit sbb puasa. tp blh je derma, blh je spend time bc quran, blh je spend time qiam, blh je spend time dgn family berbuka...dan seharusnya diluar ramadhan, amalan2 sama tidak sepatutnya ada penghalang kecuali dgn penambahan lunch di siang hari

3. bulan Ramadhan, org menuntut ilmu. baik duniawi mahupun ukhrawi. dan itu juga adalah kehendak dunia. agar kita berilmu dan bersama2 mengamalkannya


sering kali kita leka mangatakan ramadhan adlh masa untuk beribadah sebanyak mungkin dan melupakan aspek dunia. sedangkan dalam ramadhan itu bnyk petunjuk untuk berjaya didunia disamping ganjaran2 akhiratnya

wallahualam

No comments: