Thursday, February 7, 2013

Persoalan Politik~

Maka selari dengan perbincangan hangat sekarang ini, saya juga ingin mengemukakan isu politik. Apa itu politik? Sedalam usaha saya mengenal dunia, politik itu bukan sahaja terletak pada kepimpinan orang2 atas sahaja. tapi kita dalam kehidupan seharian ini juga berpolitik sesama kita. Politik itu adalah satu seni untuk memperoleh pengaruh lantas dgn adik kita juga kita mungkin berpolitik. hehehe...

Tapi persoalan hari ini, bukan siapa politik, siapa lebih bagus, apa sebab berpolitik, kotor bersih politik. Hari ini berkisarkan emosi saya. haha... Jujur, saya bukan lah orang yg sempurna. Tetapi sesetengah keadaan membuatkan sy bertanya. Mungkin ini berbunyi racist bg sesetengah pihak, namun bagi saya, ia adalah hak saya untuk menunjukkan dan berbangga dengan identiti saya

Semasa barisan kepimpinan kita sedang berusaha untuk meraih kepercayaan rakyat. Yang menjadi kelakar bukan lah mereka sahaja. Iye, mungkin sesetengah itu seperti "strangers handing over kids some candies", tapi itu adalah fenomena biasa. Taktik, strategi. Yang lebih kelakarnya adalah reaksi. Konon seperti orang besar yg tak mahukan gula2 yg di sodok. Tapi hakikat hanya taw menolak tanpa tahu cara untuk memperbaiki. Tatkala orang sibuk hendak memimpin, kaum saya sibuk mengutuk sana sini, bertelagah bagai semua yang mereka buat itu betul dan yang pihak lagi satu adalah salah. Telagahnya pula takat di bibir dan kekunci komputer. kalau lah yg up sikit, protes, huru hara. Yang cuba bertindak saya ucapkan tahniah, tapi rata2 nya hanya tahu menabur benih benci sahaja.

Kaum lain jika menyibuk pn, setakat satu, dua post yg efficient (seperti post direct kps psy untuk membantah) then senyap. Tidak dinafikan juga kewujudan kaum lain yg rancak berbicara, tp cacat anggota. Cuma bilangannya teramatlah sedikit berbanding dgn kaum saya. Pergilah menuntut ilmu, bisnes, tolong anak muda, tolong kerajaan bina negara, jd sukarelawan, mantapkan ekonomi, atau apa2 sahaja yg lebih berfaedah dr menabur kata2 kesat dan negative

Binalah dunia dengan kasih sayang. Jika tidak suka sesuatu itu, bencilah pada perbuatan itu sahaja. Usah dibenci orang, usah dibenci tindakannya seterusnya. Kerana mungkin orang itu lebih kisahkan anda, lebih kasih dan sayang kan anda dari diri anda...sesungguhnya Allah jua yg lbih mengetahui :)

No comments: