Saturday, December 22, 2012

Kepimpinan~

Hari ini aku mengeji mereka yg mengaku mereka mempunyai kepimpinan tinggi sedangkan ramai orang membenci tindakannya. Hari ini aku mengecam orang yg mengaku baik sedangkan kita melihat cacat cela di celahan tindakannya. Aku tidak sempurna, tp aku sedar jika ada yg kurang senang pada pandangan aku (atau sesiapa sahaja), barangkali ada sedikit yg tidak benar. Mungkin yang tidak benar itu adalah aku dan mungkin mereka, maka berbincanglah. Usah sewenang2nya mengaku diri lebih hebat dari yang lain. Kerna sesungguhnya Allah lebih mengetahui yg terbaik antara dua...

Kepimpinan terletak bukan pada tugas yang telah diselesaikan. Jika tugas diselesaikan, nama kuli adalah lebih tepat. Kerna kuli sahaja yg menyelesaikan segala permintaan tuannya. Adakah anda kuli?

Kepimpinan juga tidak terletak pada arahan semata. Arahan tp tiada pengikut hanya seperti kanak2 yang bermimpi. Menjadi kapten kapal, ketua syarikat dan sebagainya; tp semua hanyalah ilusi semata.

Kepimpinan tiada kaitan dgn bilangan kawan. Hanya kerana kawan, bukan kah si luncai itu lebih bnyk kwn kerana dia sering menghiburkan hati mereka.

Kepimpinan adalah motivasi? Motivasi ke? Jika motivasi yg di cari, jadilah kaunselor yg sememangnya tugas memotivasi. Lebih sesuailah tugasan dan tajuk

Jika himpunan rakyat marhain yg kecil pn tidak blh dikumulkan dibawah satu bumbung. Usah dilihat pada komuniti secara menyeluruh, cukup sekadar komiti. komiti yg 15 pun sukar untuk di jaga. Memang ada bantahan, tiada komitmen dan sebagainya. Tp itulah cabaran menjadi pemimpin. Ini, bagaikan monyet putus ekor, dibiarkan sahaja komiti yg berada dlm kesempitan. Sungguh jijik jika itu adalah anda dan anda mengaku anda seorang pemimpin yang hebat...

Kepimpinan adalah keseluruhan, dicampur dgn tanggungjawab dan rasa rendah hati. Kepimpinan bukanlah sesuatu yg dipinta atau dilabelkan sendiri. Ia adalah satu jenama yg dilihat orang ke atas setiap manusia. Jadi berhentilah menilai diri sendiri dengan penuh bangga, biarlah orang memuji kita dan kita menghina diri

Wallahualam~

Wednesday, December 19, 2012

Nilai Sebuah Kebahagiaan~

Apakah sumber utama kebahagiaan?
Adakah harta, wang dan perhiasan?
Atau mungkin, makanan atau tidur?
Kegembiraan? Kesenangan?
Apakah?

Tidakkah janggal bagaimana sesetengah org dpt menikmati sesuatu yg murah sedangkan ramai di luar sana yg memandang ringan dan hanya menikmati yg mahal. Sedarkah kita apa perbezaan yang seharusnya kita lihat pada situasi tersebut? mari kita padankan beberapa keadaan...

nasi kosong, kicap, ikan masin, sardin, telur dadar
VS
full coarse meal hotel dan restoran taraf lima bintang

bersukan, berpeluh, berlari di luar bawah sinaran mentari
VS
bertapa dlm bangunan menghadap permainan video

berjalan menikmati keindahan alam
VS
menonton wayang dan keindahan scene yg ada di dalamnya

Iye, memang benar ada antaranya yg memang xsepadan. Tp sy rasa masih boleh dijadikan perbandingan. Kita mungkin sukakan dua2 untuk setiap satu keadaan dia atas, cuma persoalan nya dalah bagaimana blh wujud perbezaan tersebut.

Akhirnya jatuh pada satu titik kesimpulan iaitu bagaimana kita menghargai setiap sesuatu itu. Rasa syukur blh memberi kita kenikmatan keatas setiap sesuatu, walaupun ia adalah bentuk kesusahan. Dari mensyukuri, kita pergi pula pada niat, keikhlasan dan nilai murni disebalik setiap suatu. Kita sering mendenga org kata kalau nk masak, masaklah dgn kasih syg untuk bg sedap. Lihatlah dgn nilai kasih sayang itu dan keikhlasan, maka yg di masak akn bersungguh dan akn menjadi satu nikmat. Semuanya tertakluk bawah satu nama iaitu penghargaan. menghargai sesuatu yg diberi dan dibuat, setiap usaha dan titik peluh iu tidaklah akn disia-siakn

teruskan memberi makna dalam kehidupan dan belajar menghargai setiap sesuatu.
Kerna aku insan kerdil~


Monday, December 17, 2012

Himpunan~

terdetik seseuatu disudut hati
ingin menghimpun beberapa kisah
dan teladan
dan dicatitkan dalam dua tajuk

"kerna aku insan kerdil"
dan
"story of a lonely heart"



Yang Melihat dan Terlihat~

Jauh nun di celah pohonan manusia, dua insan kerdil, kerdilnya bagaikan si pipit di celahan enggang. Terlahirlah sebuah persoalan. Adakah kerdil bermaksud tidak dapat dilihat? adakah yang dilihat hanya dua insan? atau mungkin yg terlihat itu lebih...

ketika dua insan sedang bersama, mata yg melihat tidak pernah pudar dari bertanya. Yang dilihat itu bukanlah dua jasad semata, tetapi lebih. Penilaian yg bersifat peribadi. Pengalaman, agama, pra-sangka, gurauan, dan pelbagai...

Tidaklah aku mempersoalkan mengapa kita menilai. tetapi bagaimana kita menilai. 12 tahun dahulu aku diajar oleh seorang tokoh. Mungkin bukan tokoh bagi anda yg membaca, tetapi tokoh bagi diriku

Husnu DZon. suatu topic yg tidak mudah. Husnu itu baik dan DZon itu sangka. Berbaik sangka. Berapa ramai antara kita yang mampu berbaik sangka dengan setiap satu yg kita lihat. Buangkan unsur2 negative dlm pemikiran

Selagi mana sesuatu itu tiada bukti, tiada pengakuan, mengapa harus kita menunding jari dan mengatakan yg negative? ada kala aku diberi tamparan hebat dgn jawapan mudah

Kita tidak boleh percaya pada orang lain. kena berhati-hati

Apa lagi jawapan yg blh aku berikan pada mereka, jika di sudut hati mereka sudah tertakluk perasaan ragu2 keatas setiap insan. Tidak boleh disalahkan hati yeng kecil jika hidupnya penuh dugaan. Maka, jadilah insan yang mengasihi, cuba memperbetulkan setiap sesuatu yg terjadi.

Bersangka baiklah, kuburkan fikiran2 negative...dan asah minda menjadi creative dengan membuat alasan2 mulia bagi setiap tindakan yg meragukan

Kerna aku insan yg kerdil~~ wallahualam~~