Thursday, April 1, 2010

Perjuangan Sahabatku~

tangisan kedengaran, sayu bergema ruangan hospital
tangisan si anak, ibu dan abah menceriakan suasana
menyambut kedatangan insan penuh harapan...
dengan penuh keringat, keluarga telah membantu
membesarkan si anak agar tidak jakumnmenghadap dunia
dan bersedia berkhidmat untuk Tuhan, Agama, Bangsa, Saudara
tidak dilupakan jasa guru2 yg tidak malap sinaran harapannya
ke atas si anak itu....

kini, si anak itu sudah boleh merangkak
kemudian berjalan dgn kakinya sendiri
dan dari sini lah
harapan ibu tatkala kulitmu menyentuh atmosfera dunia
harapan bapa ketika telingamu menyahut laungan kalimah Agung drpdnya
harapan keluarga apabila matamu pertama kali melihat dunia
harapan bangsa semasa mulutmu bergetar mengeluarkan kalimah pertamamu
tp ingt...manusia itu insan yg lemah
jgnlah dibiarkan saudara kita bersendirian dimedan perjuangan hidup
bantulah, tolonglah, sokonglah
hari ini hari dia, mungkin esok kita pula
hanya Tuhan Maha Mengetahui
jadi, berdirilah disisi rakan2 untuk turut bersama
melangkah ke arah kejayaan
tiada kejayaan yg hadir perseorangan
kerana kejayaan itu hadir dalam komuniti dan manisnya dirasai bersama~
cam anak2 ayam ni...kn comel dia tunggu saudara dia tu
nk jd comel x?hehe

sahabatku...
berjuanglah di atas nama Tuhanmu
berjuanglah untuk keluargamu
berjuanglah mencari ilmu
dan berjuanglah bersama sahabtmu ini
jgnlah sesekali syaitan itu berjaya menggoda
menanamkan sifat2 mazmumah dalam dirimu
jgn putus asa dan pegang eratlah pada harapan yg tersandar atas bahumu
berat? ye...kerana itu lah
sahabatmu ini sedia membantu disisi
slagi mana Allah mengizinkn
usaha yg gigih membawa dapatan yg lumayan
tgk gmbr ni...pnat2 die angkat basikal dia sampai ke atas
tp klu dia sampai...kn bes
puas di hati, pemandangan yg cantik, nk turun lk, xyh kayuh pn
kn adil camtu, Allah Maha Adil kn
klu dh taw adil...kita pn kena adil dgn memberi yg sebaiknya~

dalam menghadapi perjuangan ni...jgn lah asyik tumpukan stu aspek tu je
kesihatan...riadah
jgn lupa ye
meskipun sahabatku ini mungkin adalah kaum gergasi
tp masih ada yg besar
jgn sampai cam kat gmbr bwh ni terjadi, bru nyesal nk riadah
^_^

maka sahabatku,
bersiap sedialah dengan sebaik mungkin
kata mereka, kata2 itu lebih tajam dr pedang
zahirkan kata2 itu dalam tulisan perjuangamu
nk tulis kena la ada alatnya, jd pastikan ianya cukup

jd sahabatku
berjuanglah sepenuh hati
sehingga berjaya
org kata, ckit lg kita nk fly ni
sebulan je tinggal
saya kata, itu bukan bermakna perjuanganmu selesai
slagi daging berendam darah membalut tubuh
berdirilah di medan perjuangan dunia
merebut kejayaan di akhirat dan melalui kejayaan di dunia
tiada jaminan fly ini akn keatas masa depan hidupmu
apatah lg kehidupan akhirat kelak

akhir kata...buat sahabatku tercinta
kita mampu, kita boleh,
teruskan perjuanganmu meskipun halangan melanda
tegaklah diatas dua kaki mu
demi
Allah, Rasul, Agama. Ibu Bapa, Negara, Bangsa dan Saudara2 kita
selamat berjuang
selamat ber IRP
semoga Allah berikan kepadamu penyelesaian yg terbaek
wallahualam~

4 comments:

remy said...

yeah.. teruskan perjunagn!!!!! huhuhu.. jgn fikir pasal bercinta lagi.... hahahha

Farzan said...

yg pk sal cinta tu ko
hahaha

mohd asyriq said...

kalo gergasi je kwn ko..maknany aq bkn la?..ok..bye

Farzan said...

haha...koyak lk ko :P
mksd tersirat tu bang oi~