Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan nama Allah, aku membuka bicara pada kali ini. Seusai segala perihal politik, hidup kembali normal. Namun normal tidaklah sebegitu normal kerana tiada apa yg sama pada etiap saat yg berlalu. Kali ini, kehidupan harian hadir dengan rasa marah. Penuh fitnah dan kelalaian dalam kehidupan seharian. Bangun pagi makian yg dibaca. Berehat ditengah hari, fitnah baru terlontar. Santai di petang hari, kebencian menular dalam kalangan kawan2.
Mari kita muhasabah diri. Saya bukan ahlul-hadith mahupun guru pakar agama. Malah jika saya empunya ilmu hadith dan Al-Quran, belum tentu saya layak menyampaikannya. Ye betul Rasulullah ada menyebutkan
Kembali ke topik muhasabah diri. Xusah lah pergi jauh ke hadith dan ayat Quran. Cuba fikir2kan kembali kata2 yang anda pernah keluarkan. Setiap cebisan nasihat. Xingat? meh sini nk ingatkan beberapa

Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat sekalipunnamun Hadith itu riwayatnya tidak tamat disitu. Ada sambungan yg rata2 lupa atau tidak tahu. Sabda Rasulullah S.A.W:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)Maka, saya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan penggunaan hadith selagi mana ia belum ternyata benar dihadapan saya. Hal ini tidak hanya untuk Hadith, ia juga sesuai untuk setiap sesuatu. Elakkanlah dari terkeluarnya kata2 yang belum pasti lagi kebenarannya..
Kembali ke topik muhasabah diri. Xusah lah pergi jauh ke hadith dan ayat Quran. Cuba fikir2kan kembali kata2 yang anda pernah keluarkan. Setiap cebisan nasihat. Xingat? meh sini nk ingatkan beberapa
- matlamat xhalalkan cara
- jangan memfitnah
- jangan memperhambakan kata2 manusia
- belum cukup beriman selagi tidak menyayangi satu sama lain
- banyak kan berusaha dan berdoa...kemudian tawakal..redha dgn ketentuan-Nya
Dan itu adalah antaranya. Tidak kiralah sebaik mana kita rasa diri kita ini, kadang-kala kita juga terlepas pandang. Maka haruslah muhasbah diri. Jika Sayidina Abu Umar R.A yang digeruni sentiasa menitikkan air mata bermuhasabah, apatah lagi kita yg hanya insan2 picisan. Oleh itu, tinggalkanlah segala urusan sebentar. sekejap je. Renung kembali, adakah kita melaksanakan kata2 kita yg telah kita nasihatkn pada org ramai? Adakah kita mengikut kata2 Rasulullah? Adakah kita menjalankan suruhan Allah?
Dan ingatlah, hati ini dan hidayah adalah milik Allah. Tatkala kita mengata orang dan menjadi hakim yg paling bertauliah dimuka bumi. Kita lupa bahawa yang mengetahui yg Hak dan Batil, Zahir dan Batin adalah Allah. Ye, sudah ada panduan. Tp kita masih belum boleh menghukum. Sebagai contoh, dilihat seorang sedang solat dan kita terpandang kekurangan pd solatnya. Pada ketika itulah kita menghukumnya dengan mengatakan solatnya tidak diterima dan sebagainya. Tahukah anda bahawa mungkin solatnya adalah lebih sempurna dr solat anda? Allah jua yg mengetahui. Malah, kita belum tentu tahu masa depan. Hari ini kita mengeji seseorang, kononnya dia jijik, hina dan kotor kerana lari dr hukum Allah. Dia pn bnyk alasannya untuk tidak kembali ke Sirat Al-Mustaqim. Persoalan...tidak mungkinkah dia kemudiannye menjadi lebih baik drpd kamu semua, bukan shj lebih baik, malah lebih comel lg. haaaa~~
Akhir Kata, Muhasabah diri...keji lah diri sendiri dan pujilah orang lain...kerana dengan keikhlasan dan rendah dirilah dunia ini blh diselamatkan dr bencana bawaan hati kita
Wallahualam :)
No comments:
Post a Comment