Wednesday, September 12, 2012

Bayangan Kasih~


Jong Jong Inai
Mak Ipong Waja Wali

Jong Jong Inai

Mak Ipong Waja Wali
Sepak Tunggul Inai Berdarah Ibu Kaki


Terngiang2 lagu itu yg didendangkan setiap kali aku pulang dari sekolah pada tahun 1997. kadang kala dinyanyikan sambil beliau memegang bakul. hakikatnya saya tidak pasti, mungkin baru lepas basuh baju atau sengaja dibawa bersama untuk membuat gaya ala-ala tersepak. Sehabisnya lagu pendek itu dinyanyikan beliau, isteri beliau akn menyambut aku dgn wajah yg penuh keceriaan. Senyuman, tidaklah lebar telinga ke telinga, tetapi ikhlas terasa haba kasih sayangnya.

***

Takbir bergema keseluruh alam. seawal 6 pagi kami dibangkitkan dengan laungan azan dan takbir. Tiadalah perkara yg lain tergambar di kepala melainkan tamatnya puasa dan kini blh menjamah pada siang hari. tanpa berlengah lagi, ke tandas mengambil giliran untuk mandi dan berwudhu untuk solat subuh. jam 7 menandakan hidangan pertama kami akan tiba, pulut telur dadar dan sardin kuah tomato. tidak lama selepas itu, tampil lah dua bayangan manusia. beliau berserban, baju kemeja batik, dan kain pelikat. seorang lagi, isterinya, baju kurung bercorak klasik dan kain batik. bersapa mesra melihat kehangatan keluarga yang tidak lah seberapa itu. diraut wajah beliau tergambar keindahan berjumpa dengan darah dagingnya sendiri. dan juga tergambar usaha beliau untuk menyambut kepulangan keturunannya itu. dipetiknya buah-buahan yg sudah ranum, di kopaknya buah kelapa, dan di belinya ikan (orang laut) untuk dibuat juadah.

Wajah yang penuh kasih sayang itu jugalah yg menanti selepas solat raya. kemudian bersama turun ke ladang untuk melakukan tugasan pihak lelaki dlm menyediakan juadah iaitu mengutip bhn2 mentah. sempatlah beliau berjenaka sesekali bersama...

***

Tatkala insan sedang lena, jasad tua itu akan bangkit bergerak memastikan darah dagingnya selesa dibuai mimpi. diselimutkan satu persatu, di pasangkn lingkaran penghalau nyamuk dan di kunci rumah. beliau bagaikan penjaga kepada setiap satu isi rumahnya. ketika aku bangkit jam 3pg, kelihatan kelibat beliau  turun ke bawah rumah demi menghalau musang dan babi hutan daripada mengganggu tidur kami. mungkin org lain tidak sempat melihat, tp tidak aku kerana ketika itulah raut wajah yg penuh kasih sayang itu menjaga kami bagai menatang minyak yg penuh

***

dan semua itu kini tiada lagi, hanyalah tangisan kesedihan dan kesengsaraan beliau. aku bangkit dr tidur jam 3 pagi dan tiada lg beliau menjaga kami. hana kedengaran rintihan beliau meminta untuk dijaga, dihulurkan seteguk air dan digosok/urut bdn nya. tiada lagi yg menyambut aku pulang dgn nyanyian yg tidaklah merdu tp cukup menceriakan sebuah hari yg penat.yg ada hanyalah sekujur badan yg hanya mampu menyebut nama aku tp dgn penuh kesengsaraan. dan tiada lagi insan berserban berlatarkan gema raya.yg tinggal, insan berselimut bertemankan Ya~ Sin~

tiada lagi kata2 yg dapat aku gambarkan kesedihan seorang insan yg sedikt sebanyak memberi kesan keatas aku. sedikit sebanyak mencurahkan kasih syg keatas aku...kerana aku hanyalah insan biasa dan tiadalah aku tanpa beliau. tidaklah pula aku mampu berdiri atas kaki sndiri malah aku turut jua menuntut kasih syg seorang hamba Allah di muka bumi~~

No comments: