Tersebutnya sebuah kisah di sebuah perkampungan nelayan. Jabbar seorang nelayan miskin manakala Nubhan merupakan seorang entrepreneur atau dlm bhs Melayunya usahawan. Mereka tidak pernah berkenalan tetapi takdir telah membawa mereka bersama. Maka pasa suatu petang Nubhan terlihat Jabbar sedang sedut batang cerutnya dengan aman sekali. Nubhan sebagai seorang usahawan merasakan bahawa Jabbar sedang membazir masa. Namun, kerana mereka belum berkenalan, Nubhan berasa segan untuk tegur...
Keesokan harinya, perkara yg sama berlaku, Jabbar sedang tenang di kerusi malas manakala Nubhan sibuk menggeleng kepala melihat telatah Jabbar. Akhirnya Nubhan membuat keputusan untuk menegur Jabbar di pasar ikan pd awal2 pagi esoknya~
"Salam Warahmatullah...bagus ikan2 awak ni ye.tp saya musykil la. selepas jual ikan2 ni, saudara buat apa ye?"
"Tuan nk beli ke nk bual ni? haha...petang, rehat la. main2 dengan anak. luangkan masa dengan bini~"
"xblh ke turun ke laut petang2?"
"Boleh je~"
"Habis tu kenapa xturun ke laut tangkap ikan. Nanti bnyk sikit dpt tangkap ikan"
"Nak buat apa ikan bnyk2"
"La...jual la. tambah bnyk sikit pendapatan"
"Buat apa duit bnyk2"
"Macam ni...skrg kumpul duit bnyk2 nanti blh beli boat yg lebih besar dengan boat lebih besar blh la tangkap ikan lebih bnyk sekali turun ke laut"
"Hmm...agak2 kan brape lama baru boleh beli boat baru tu?"
Nubhan mengeluarkan GDC biru nye yg dibeli di KMB langsung melukis graph dan mengira2
"Dalam 2 tahun, cukup r kut"
"Lepas tu nak buat apa pulak tuan?"
"Kumpul lg banyak duit...kemudian, beli la boat bnyk2"
"Tp sy seorang je ni tuan...xguna boat bnyk2 ni"
"Bukan untuk awak. Awak boleh suruh org lain tangkapkan atau awak sewakan pada orang"
"Hmm...Kalau macam rancangan tuan ni pulak, brape tahun bru blh beli boat bnyk2 ni?"
Sekali lagi jari jemari Nubhan pantas menekan kekunci GDC nye~
"ada la dalam 6 tahun"
"Lepas tu tuan?"
"Kalau awak dh ada bnyk kapal, awak boleh la buka syarikat. Mula2 kecil2an. Kemudian boleh buka syarikat perkapalan yang mega. Kaya-raya jadinya nanti"
"Brape tahun lak tu?"
"Hmm...GDC sy xmampu kira bnyk2 ni. Sy buka laptop Compaq CQ50 model 105 Au sy jap ye...okay...dah dapat. Ada la dalam 12 tahun. Tu pun kalau awak betul2 rajin la"
"Lepas jadi kaya saya nak buat apa pulak. Macam dh dapat semua dh"
"Lepas tu, awak boleh la rehat sepuas2nya. Kalau nk teruskan aktiviti awak ni, boleh la awak skali skala turun menangkap ikan"
"Okay, kali ni giliran saya pula yg mengira. Tapi saya lg hebat, xperlu pun mahkluk biru besar awak tu. Akan mengambil saya 20 tahun untuk menjadi kaya-raya. Betul?"
"Tepat sekali"
"Jadi saya perlu habiskan 20 tahun untuk jadi kaya raya untuk berehat di kemudian hari?"
"Iye"
"Bukankah itu apa yang saya sedang lakukan sekarang. Turun menangkap ikan pd waktu pagi sebab saya suka dan berehat sepuas2nya dengan keluarga saya pd waktu ptg. Kenapa saya nk susah2kan diri saya selama 20 tahun sedangkan kehidupan yg nikmat itu saya boleh rasai skrg?"
"Er..."
"Xpe la tuan...saya rasa kehidupan ini yg penuh kebahagiaan bg saya sudah cukup untuk diri saya mengingati siapakah diri saya sebagai insan kerdil di muka bumi Tuhan"
Nubhan tersentak~
Begitulah kisahnya.Agak panjang tp penuh iktibar. Itulah manusia kadang-kala terlalu mengejar kekayaan dunia sehingga lupakan apakah erti sebenar kehidupan. Pada asasnya, kehidupan adalah janji kepada kematian. jd kita hanya perlu isi je activiti di tengah2. andai kata sudah dapat perisian yg terbaik maka jangan lah mudah tergoda dengan bayangan dunia semata...seperti dalam Al-Quran disebutkan:
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya kehidupan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (29:64)
"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau." (47:36)
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau" (57:20)
4 comments:
cerita yg bagus.:)
p/s:(part x boleh blah tu yg part gune GDc yg dpt dr KMB ngan compaq tu) haha.:D
tu la bile org rindu kat zmn2 hectic yet fun kat kmb~
citer yg diambil dr bhn bacaantp diolah sendri dgn nama watak tukwn2 adik..hehe
haha.niceee.u really miss the kmb life arent you?:P
tapi kan dua dua ade positiv sides.jabbar tu patutnye rajen sket to earn more.and nubhan tu nampak potensi jabbar to more forward:)kirenye i sokong nubhan:P
yup2 mmg kena rajen but the actual question is...
for wut do u live for?
is it worth to be all that susah2?
are our dreams and plan towards a better us or towards the same us but in different status...
think2 ^_^
Post a Comment