"Yeay...yeay...Abah dh balik...Yeay...Yeay"Mercedes biru menjejak halaman rumah dan selamat dilabuhkan. 4 beradik sedia menanti di hadapan pintu dan yg paling kecil tidur lena di sisi ibu yang sedang mengandung. disalam dan dikucupnya empat beradik itu dan yang sulung mengambil beg insan yang digelar abah itu untuk disimpan. Isterinya tampil dekat dan bermesraan sebentar dgn lelaki itu sebelum mereka duduk berehat bersama secawan kopi masing2.
sedar tak sedar...detik jarum saat tidak berhenti bergerak. saat meniti minit. minit menjejak jam. jam menjadi hari yang kemudiannya berubah menjadi tahun. Zaman telah berubah. Kini tiada lagi Mercedes E240 tetapi sebuah kereta Toureg hitam. tiada lg ibu yang mengandung tapi hanya ibu dan anak2 yg disorong. tiada lagi riuhan riang hanya bunyi speaker computer memecah kesunyian dengan lagu2 yg nth apa2, klu tidak pn game yg menjadi penarik jiwa muda mudi zaman kini.
ah aku rindu zaman dulu. ketika harapan menggunung muncul setiap kali bunyi engine mengaum di hadapan pagar. harapan agar ada sesuatu yg dibawa pulang abah untuk kami adik beradik. tapi kini sudah berbeza. masin2 sudah pn mempunyai jalan masing2. abg2 sudah mula berduet sendiri. aku sudah mempunyai biasiswa. adik2 pula sudah sronok dgn permainan computer. perasaan harapan itu sudah bertukar dgn perasaan takut. bukan takutkan abah tetapi takutkan melakukan kesilapan dihadapan abah, tidak mahu serabutkan pemikiran abah....
3 comments:
Nadzirah, first time baca post ni, teringat balik puisi Kepulangan Ayah. Kesah Kepulaganan seorang anak yg menanti ayahnya membeli ais krem. hehehe.
:P
abaikan yg nadzirah tu. kah3, salah tgk blog. hampir sama ar nama blog ko ngn nadzirah nya.
:)
xkesah bro...asalkan kome itu lahir dr hati ^_^
puisi kepulangan ayah...kita belaja sem3 kn :)
Post a Comment