Friday, April 30, 2010

Kembali Beroperasi~

blog ditutup atas alasan mood kerana terasa blog sudah terpesong jauh dari tujuan asal
jadi kali ini, post baru adalah berdasarkan kata2 seorang rakan (syamil) di LRC semlm
"kalau dorg macamtu, ko kata je...surah As-Saf ayat 3"

tuk org2 cam saya ni, yg kurang arif tentang terjemahan, kat bwh ni maksud die
"sangatlah keji disisi Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan"


Ini juga berdasarkan ilham seseorang dr Facebook yang mempersoalkan keadaan segelintir umat yang leka terhadap persekitaran dan lebih khususnya mereka di KMB.nama dia asyriq
inilah katanya
"alangkah angkuhnya mereka..orang berhalaqah,mereka sibuk dengan hal masing2..orang berdoa,menadah tangan pun tidak..tapi menggelar diri pejuang agama..apakah?"



Dari situ berlaku satu per'debat'an (mengikut bahasa org2 yg komen) yang xde la hangat tp menimbulkan keraguan dan syak wasangka
dan sehingga kelmarin, berlaku lah beberapa sesi mencurahkan isi hati bukan ke daun keladi...daun keladi xde guna la nk curah, buat bazir je. harap2nya manusia la yg menerima message n bukannya daun keladi~
ikutilah beberapa respon...sebelum tu, nk mintak maaf kalau petikan kata2 ini bukan yg directly original sbb saya manusia yang mudah lupa :)

"sebelum ni, aku xpernah benci dorg. tp sejak masuk KMB ni..."
"dorang cam extreme sgt la..."
"ala...yg cakap tp xbuat. lagi teruk"
"kita nasihat, dorg bukan nk dengar. mungkin sbb kita ni bukan golongan baek kut. kita xberilmu sgt"
"sbbtu la aku xg dah solat sunat hajat tu. bukan suka2. sbb dorg yg kat tepi tu la"
"kadang2 mereka terlupa yg konsep islam tu sendiri. Islam itu menyeluruh, dari setiap perbuatan, bukan pada perkara yg ada unsur kerohanian sahaja"
"kalau nk usrah, lagi sng dgn org yg kita kenal, nnt jd cam aku. xg langsung usrah...(ada sedikit lg sambungan mengenai ketidakserasian)"
"usrah ni pun maksud die memperingatkan. nak selalu buat pe. memadai la sekali seminggu" (lbih merujuk kpd usrah yg formal, kerana die lebih menekankan pada aktiviti yg lebih social cam riadhah, study n laen2 yg membawa kpd ketakwaan pd Allah)
"yg penting itu niat. biar ikhlas. Sbb Islam itu menyeluruh, segala tindakan kita lh jd amalan"

dan macam2 lagi...niat kat sini tuk menyampaikan beberapa isi hati mereka yang sering lari dari surau KMB. kadang-kala kita sebagai pemimpin tidak sepatutnya tanya kenapa mereka begitu, tetapi tanya apa silap kita sehingga mereka jd begitu. Kita kata mereka ignorant, xdiberi hidayah, ditutup pintu hati, degil, nakal, bukan jenis yg nk dgr nasehat dan mcm2 lg. tp kadang2 mereka hanyalah lari daripada orang2 yang memberi ilmu dan nasehat kerana khuatirkan kesesatan. Mereka rasa diri mereka lemah dan perlukan bimbingan yg lbih kuat drpd org yg lbih diyakini. bermaksud mereka hilang keyakinan keatas anda

jadi kepada semua org, Islam...ke bukan Islam ke...
kita ni sentiasa diperhati, nnt adalah mulut2 yang bersuara. Bukan nk suruh kita jd hipokrit dihadapan orang ramai. tapi nk suruh kita menasihati diri n org laen serta selalu la cuba memperbaiki diri kita. kadang2 kita xperasan yang perbuatan kita lh membuatkan org ikut, xpun menyebabkan kita dielak...ni leh la tgk blog faqih. rasanya die dh tulis panjang n jelas tntg benda ni....


n btul la pe faqih cakap. kadang2 ada terasa yang golongan2 ini mendapat tentangan yang hebat. tapi tentangan berlaku secara senyap2. jadi rasanya, kalau dua2 belah pihak tidak bertembung secara depan2, camne nk solve. jom turunkan ego dan bertemu. sama2 mengaku kesilapan dan menerima diri yang telah dikomen...

wallahualam~

p/s: lupa lak nk bincang ngn faqih sal hal haritu...

2 comments:

Muhammad Eimaduddin said...

wah..rumitnya jd pemimpin..cane ko nk jd pm nih?

Farzan said...

jd pemimpin mmg ssh eimad
tanggungjawab pnuh
tp klu cara baetul niat pn btul...insyaAllah~