Urat-urat tangan semakin jelas kelihatan,
Mata yang semakin membengkak,
Lopak-lopak di raut wajahnya,
Semua menandakan peningkatan usia.
Sepanjang tahun-tahun kehidupannya,
Pelbagai pilihan yang telah dibuatnya,
dan juga pilihan yang terpaksa akur dengannya,
Tidak kurang juga pilihan yang tiada pilihan lain.
Namun tidak diakui sepanjang masa yang telah berlalu itu,
Banyak pilihan yang telah melukai dan menghiris yang lain,
Cuma dengna harap belas yang kecil,
Moga segala dendam itu padam, dan ampunkan lah salah silap yang berlalu